Kerjasama UiTM-WTCKL bakal wujud peluang pekerjaan kepada bakal graduan
‘Anjing’ robot bantu kerja-kerja rumah

Foto Boston Dynamics
Reuters melaporkan, syarikat dari Amerika Syarikat, Boston Dynamics baru-baru ini telah melancarkan versi terbaru robot berkaki empat bernama ‘Spot’.
Robot yang menjadi terkenal baru-baru ini menerusi video viral yang menunjukkan ia menari Bersama ‘rakan-rakan’ robot yang lain, kini berupaya membantu anda membuat kerja-kerja rumah sepanjang hari seperti mengutip kain baju, membuka pintu dan malah menanam pokok! Versi terbaru Spot mempunyai ‘tangan’ yang boleh mencengkam dan mengangkat pelbagai objek, selain berupaya mengecas diri sendiri.
Spot mula dijual di pasaran dengan harga US$74,500 (lebih RM300,000). Setakat ini, lebih 400 model robot ini telahpun berkhidmat di serata dunia, termasuklah di kilang kereta dan juga pelantar minyak.
Tontoni video Spot & rakan-rakannya menari!