Anje sangat hargai usaha dan susah payah abang – Mawar Rashid

 Anje sangat hargai usaha dan susah payah abang – Mawar Rashid


PETALING JAYA : “Selamat ulang tahun keempat abang. Terima kasih kerana membuat kejutan buat Anje (Mawar) kerana tidak pernah sangka abang akan membuat kejutan begini yang sangat bermakna. 

“Ada hikmah yang dulu bukan rezeki kita, lebih gembira dapat membeli rumah ini hasil usaha dan penat lelah kita berdua. Hanya kita yang tahu betapa susah payahnya bekerja siang malam untuk membahagikan masa dengan pelbagai benda. 

“Syukur..Alhamdulillah..impian kita untuk mendapat rumah impian sudah tercapai. Anje sangat menghargai usaha abang. Terima kasih kerana membuatkan Anje gembira dan bahagia, kenangan yang tidak akan dapat lupa”.

Begitulah luahan pelakon Mawar Rashid menerima rumah idaman daripada suaminya, Raf Yaakob sempena ulang tahun perkahwinan mereka yang keempat.

Mawar atau pemilik nama penuh, Wan Mawar Shaputri Wan Abdul Rashid tersentuh dengan usaha suaminya yang sentiasa bersusah payah untuk memberikan yang terbaik buat dia dan anak-anaknya. 

Mawar menerusi perkongsian di Instagram turut mengimbas kembali memori ketika Raf melamarnya pada tahun 2017 dahulu. 

Kongsi Mawar, sikap romantik Raf dari dulu sehingga kini tidak pernah berubah.

“Ketika melamar dulu memang Anje rasa terharu dengan suasana romantis, cuma mungkin nampak tiada perasaan kerana ‘blur’ mungkin sebab baru kenal beberapa bulan. 

“Kejutan kali ini berbeza sedikit, mungkin kerana hati ini lebih mudah tersentuh setelah lama mengenali abang. Semakin kenal semakin sayang, apatah lagi kita sudah melalui banyak perkara bersama. 

“Saya hanya mahu abang tahu yang Anje sangat menyayangi abang dan ingin meniti hari tua bersama. Terima kasih keraa sentiasa menjadi suami, ayah dan insan yang baik untuk kita semua,” katanya.

Mawar mendirikan rumah tangga dengan Raf atau nama sebenarnya Raden Ahmad Faizal Yaakob pada November 2017.

Pasangan itu dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Raden Muhammad Rafael dan Raden Seri Rosabella Cinta yang kini berusia lapan bulan.

Raf juga dikurniakan dua cahaya mata iaitu Rayyan, 10, dan Raysaa, 5 tahun, hasil perkahwinan terdahulu.

Farhana Ab Rahman

farhanabrahman@wacana.my

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

15  +    =  16