Angka kematian COVID-19 Brazil cecah 500,000

 Angka kematian COVID-19 Brazil cecah 500,000

Oleh Iqhram Ahmad

BRASILIA, 20 Jun – Jumlah kematian COVID-19 di Brazil telah melepasi 500,000 orang, jumlah yang kedua tertinggi di dunia, dengan pakar kesihatan mengatakan pemberian vaksin yang perlahan dan permulaan musim sejuk akan membuat ianya bertambah teruk.

Memetik dari laporan BBC, wabak berkenaan kian mengganas ketika Presiden Jair Bolsonaro masih berkeras untuk menutup aktiviti-aktiviti sosial sehingga Institut Kesihatan Fiocruz mengatakan keadaan telah memasuki fasa “kritikal”.

Setakat ini, hanya 15 peratus daripada orang dewasa negara itu yang diberi vaksin sepenuhnya manakala Kongres sedang menyiasat cara-cara kerajaan menangani wabak tersebut setelah menerima aduan seluruh negara.

Bolsonaro telah dikritik teruk kerana tidak menerapkan respons nasional yang tersusun selain skeptismanya terhadap vaksin, penutupan sektor ekonomi dan sosial dan syarat memakai topeng, di mana beliau berusaha untuk melonggarkan.

Katanya, kesan penutupan sektor ekonomi akan menjadi lebih buruk berbanding virus itu sendiri, selain menegaskan beliau telah melakukan termampu untuk membeli vaksin dari beberapa negara luar.

Namun, pihak pembangkang menuduhnya melambatkan pemberian vaksin dengan alasan politik, kerana beliau secara konsisten tidak mengendahkan keparahan wabak tersebut.

COVID-19 kini mengganas di Brazil dengan rata-rata 70,000 kes sehari direkodkan pada minggu lepas, di mana kemunculan varian virus yang lebih mudah merebak, antaranya varian Gamma yang pertama kali ditemui di wilayah Amazon.

“Penularan komuniti di Brazil kini memasuki senario kritikal. Dengan kemungkinan ianya akan bertambah buruk dalam beberapa minggu mendatang kerana permulaan musim sejuk,” kata Fiocruz.

Kadar penghunian katil unit rawatan intensif sentiasa kekal atau melebihi 80 peratus di kebanyakan negeri, dan pakar kesihatan memberi amaran bahawa permulaan musim sejuk di hemisfera selatan minggu depan, boleh mengakibatkan lebih banyak jangkitan.

Secara purata, Brazil merekodkan lebih 1,500 kematian setiap hari sejak Mac lalu dan pemberian vaksin yang perlahan di negara itu telah menyebabkan rakyat membuat protes di jalanan agar pemberian vaksin dipercepatkan.

Walaupun kes kian bertambah di Brazil, negara itu masih lagi diberikan kebenaran untuk menjadi tuan rumah bagi Kejohanan Copa Amerika yang akan berlangsung hingga 10 Julai ini.

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *