Anggota bomba lemas ketika bertugas meninggal dunia

 Anggota bomba lemas ketika bertugas meninggal dunia

PBK II KUP Mohd Diya Che Jusoh Anggota dari Balai Bomba Penyelamat Melaka Tengah meninggal dunia di Hospital Besar Melaka jam lebih kurang 3.11 pagi tadi. FOTO – Bomba Melaka

KUALA LUMPUR, 21 Okt — Anggota Bomba yang dilaporkan lemas ketika bertugas di Melaka semalam meninggal dunia awal pagi tadi.

PBK II KUP Mohd Diya Che Jusoh Anggota dari Balai Bomba Penyelamat Melaka Tengah meninggal dunia di Hospital Besar Melaka jam lebih kurang 3.11 pagi tadi.

Dalam satu kenyataan, Pengarah Melaka, Abu Bakar Katain berkata jenazah masih berada di Hospital Besar Melaka.

“Segala maklumat akan diberitahu dari semasa ke semasa,” katanya ringkas.

Semalam media melaporkan Mohd Diya lemas ketika cuba menyelamatkan mangsa banjir di Kampung Sungai Putat, Melaka.

Dalam kejadian kira-kira pukul 4 petang itu, Mohd Diya diselamatkan oleh rakan sepasukannya dan ke Hospital Melaka bagi mendapatkan rawatan lanjut.

Difahamkan, anggota itu tersangkut dalam aliran deras air banjir, sebelum kira-kira lapan anggota bomba bersama 10 penduduk kampung lain menyelamatkannya.

Video kejadian turut tular di media sosial.

suraya ali

suraya@wacana.my

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *