Andi Bernadee didakwa tidak waras akibat disihir?

 Andi Bernadee didakwa tidak waras akibat disihir?

Oleh Zuan Azmi

Pelakon, pengacara dan penyanyi, Andi Bernadee, semalam telah memuatnaik satu posting di laman sosial Instagram peribadinya mendakwa dirinya telah menjadi mangsa sihir.

Wacana.my cuba untuk mendapat kenyataan dari Andi namun menurut pengurusnya, Nasir Deraman, Andi kini didakwa berada di dalam keadaan yang kurang waras dan tidak bersedia untuk ditemuramah dan tidak bersedia menemui sesiapa.

Nasir Deraman, Pengurus Andi

Tambah Nasir lagi, Andi kini berada di rumah dan sedang menjalani rawatan perubatan Islam oleh seorang ustaz dan didakwa yang menghantar sihir berkenaan oleh seorang wanita, namun identiti individu berkenaan tidak dapat dikenalpasti.

Nasir berkata, “Andi tak mahu makan, tiada selera, dia duduk termenung hanya fokus di satu sudut, nampak fikirannya melayang”.

Dalam video yang dimuatnaik Andi malam tadi menunjukkan terdapat rambut selain paku karat dalam mangkuk berisi kuning telur, manakala katak ditemui diatas bumbung rumahnya.

“Maaf semua, saya tidak boleh ditemubual buat masa ini, saya perlu rehat, saya tidak boleh bercakap, saya tak boleh fikir, nanti benda tu datang balik, aku penat la rebah-rebah, lepas tu cakap Siam, mengilai-mengilai.

Untuk makluman Andi baru sahaja mengeluarkan lagu terbaru bertajuk Kais Pagi Kais Petang kira-kira tiga minggu lalu.

https://www.instagram.com/p/CLXBf7wny7d/?igshid=2bnbmvnadbtz

Dipetik dari Instagram Andi Bernadee

Zuan Azmi

zuan@wacana.my

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

19  +    =  29