Analisis kewartawanan : Penyeksaan Waterboarding oleh masjid, cara Islam atau militan?

 Analisis kewartawanan : Penyeksaan Waterboarding oleh masjid, cara Islam atau militan?

Oleh TUN PUTEH WANTI

Ini adalah analisis kewartawanan berhubung isu seorang remaja berusia 19 tahun yang videonya ditularkan.


Videonya tular gara-gara dipukul, dimandikan seperti `jenazah’ atau Waterboarding (kaedah penyeksaan air biasanya ala militan), diserkup mukanya oleh pengurusan sebuah Masjid Al Islahiah di Kilometer 28 Kuang, Rawang pada 8 Januari lalu.

Lelaki dalam video tular itu dilihat menahan rontaan si remaja, menyerkup kepala dengan kain dan menyiram air. Teknik water boarding ini adalah satu jenayah kerana ia menyebabkan lemas pada pernafasan. Kenapa jenayah ini terlepas pandang, tiada laporan polis dibuat dan kenapa orang masjid terfikir melakukan kaedah penyeksaan ini.

Adakah SOP pihak masjid terutama masjid di negara Selangor apabila memberkas pencuri maka SOP negeri Selangor ialah membuat Waterboarding? Mengapa mereka terlupa sekarang ini masih lagi pandemik Covid-19 dan varian Omicron? Adakah prosidur sudah berubah boleh simbah air kepada orang lain?

Remaja diseksa pihak masjid kerana cuba mencuri memakai baju T, seluar lusuh dan berselipar jepun sahaja di bawa ke Mahkamah Majistret Selayang


Penyeksaan ala militan itu dirakam, ditonton pihak pengurusan masjid dan videonya ditularkan kononnya untuk mengajar dan mendidik orang ramai jangan mencuri.


Tidak habis dengan penyeksaan, diaibkan dan dipertontonkan di khalayak ramai, pihak masjid membawanya ke pihak polis.

Anehnya, jumlah wang yang cuba dicuri tidak dinyatakan atau dilaporkan mana-mana media. Berikutan itu pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan dan di baca bersama Seksyen 511 yang mana hukuman bagi seksyen itu memperuntukkan penjara maksimum 10 tahun dan boleh juga dikenakan denda.

Penyeksaan ala militan Waterbording terhadap remaja


Majistret Nik Mohd. Fadli Nik Azlan menjatuhkan hukuman itu terhadap Daniel Iskandar, 19, selepas tertuduh mengaku bersalah atas pertuduhan yang dikenakan terhadapnya.


Dia dipenjara 10 hari dan didenda RM4,000 oleh Mahkamah Majistret Selayang kerana cuba mencuri tabung masjid berkenaan. Jika dia gagal membayar denda, dia boleh dikenakan penjara lima bulan.

PEGUAM PRO BONO SUKARELAWAN TAMPIL MEMBANTU

Remaja diserkup mukanya sebelum diseksa menggunakan Waterbording oleh pihak masjid


Berikutan itu pertuduhan dikemukakan di Mahkamah Majistret Selayang dan mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan dan di baca bersama Seksyen 511 yang mana hukuman bagi seksyen itu memperuntukkan penjara maksimum 10 tahun dan boleh juga dikenakan denda.


Dalam prosiding itu, tertuduh diwakili peguam Azman Abdullah yang bertindak secara suka rela (pro bono) kerana simpati nasib remaja itu memohon mahkamah mengenakan hukuman ringan.


Peguam itu menyertakan alasan bahawa pengakuan bersalahnya menjimatkan masa mahkamah selain tertuduh terdesak menggunakan wang ketika kejadian kerana datuknya yang sedang sakit memerlukan perbelanjaan, tiada siapa yang mahu membantu.


Menurut fakta peguam, tertuduh merupakan anak sulung dan ibu bapanya telah bercerai sejak berusia lapan tahun (darjah dua). Dia tinggal dengan datuknya berusia 70-an dan mereka bukan orang senang. Makan dan minum juga daripada sedekah jiran-jiran.


Peguam itu turut menambah, meskipun tertuduh bersalah, tindakan pihak-pihak mengambil video seperti yang tersebar di laman sosial adalah tidak wajar kerana ia secara tidak langsung telah menyebabkan tertuduh tertekan.


DI MANA SIFAT AR RAHMAN AR RAHIM MASJID, NETIZEN?


Perbuatan ala militan ini kononnya dirasakan duit milik Allah untuk kegunaan masjid, tetapi hakikatnya telah menghancurkan kehidupan seorang remaja dari keluarga yang ibu bapanya bercerai ketika usiannya lapan tahun.

Pada usia mentah, Daniel berhak mendapat hak warganegara dan dibicarakan hal urusan dia ditangkap, bukan dibicarakan isu moralnya, jika dibicarakan moralnya datuk kepada remaja itu juga gagal membimbing.

Bak menepuk air di dulang air terpecik di muka sendiri, wajarkah seorang datuk mengatakan cucunya bermasalah? Adakah Daniel mahu dilahirkan sebagai anak dari ibu bapa bercerai dan susah, hilang panduan dan menemui jalan salah?


Dia juga anak sulung yang tinggal bersama datuknya. Kenapa pihak masjid dan kariahnya tidak mengamalkan ayat Bismillahirahmanirahim dengan nama Allah Maha Pemurah lagi Maha Penyayang?


Setiap perbuatan kita lafazkan itu, maka seharusnya apa sahaja kesalahan dilakukan zahirkanlah sifat tuhan bertanya dengan penuh hikmah bertanya dan soal apa yang membawa kepada mencuri?


Mengapa kita tidak zahirkan rahmat kasih sayang Allah itu sesama makhluk, zalimnya kita sedangkan dia adalah anak bangsa sendiri, dalam kesusahan pasangan bercerai, dia adalah abang kepada adik beradik pasangan bercerai.

Sedangkan Nabi junjungan kita sendiri dalam mendidik pencuri dengan kasih sayang memberinya makan dan bertanya khabarnya sehingga si pencuri insaf lalu memeluk Islam.

Bukankah dengan cara menghukum dan memalukan ala militan sebelum siasatan dilakukan itu boleh menjauhkan seseorang terhadap Islam malah memberi mesej salah kepada bukan Islam?

APA NASIB REMAJA SELEPAS KELUAR PENJARA?


Siapa yang boleh terima remaja ini? Mahkamah, masjid, masyarakat sudah menghukumnya. Saudara-mara dan rakan-rakan memulaukannya.


Bolehkah dia sambung belajar? Bolehkah dia bekerja dengan rekod jenayah dan dipenjarakan? Siapa yang akan menyambutnya di pintu penjara?

Institusi masjid telah gagal pada pandangan rakyat, seharusnya kes ini dianalisa supaya penyakit masyarakat dapat diperbaiki.

Apa penyakit masyarakat? Cepat tular, cepat hukum, cepat rasa diri buat benda betul walaupun zalim.


Diharap Yang di-Pertuan Agong meneliti isu cara orang beragama menghukum rakyat sedemikian rupa agar kisah ini membuka mata barah yang sedang merebak dalam masyarakat, agar kezaliman dapat dihentikan kerana penganiayaan seperti ini boleh berlaku kepada sesiapa jika isu ini hanya dilihat sebelah mata.

Penafian : artikel ini adalah pendapat penulis dan tidak mewakili Wacana.my

Tun Puteh Wanti

sangratu@wacana.my

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *