Analisa semasa kes COVID-19 di Malaysia

 Analisa semasa kes COVID-19 di Malaysia

Gambar hiasan

KUALA LUMPUR, 2 Dis — 49 kematian akibat COVID-19 dilaporkan pada Rabu, ini menjadikan jumlah keseluruhan kematian akibat virus pembunuh itu direkodkan sebanyak 30,474 di negara ini dengan sekitar 20 peratus atau 6,165 daripadanya adalah mereka yang dibawa pulang atau meninggal dunia di luar hospital.

Sejak dua minggu lalu, Malaysia mencatatkan 16 kematian Covid-19 bagi setiap satu juta orang.

Dalam tempoh dua minggu tersebut, Terengganu mencatatkan jumlah kematian COVID-19 tertinggi bagi setiap satu juta orang iaitu 51 orang, diikuti Kelantan (30), Perak (24), Pahang dan Negeri Sembilan dengan 17 kematian bagi setiap satu juta orang, manakala negeri-negeri lain sama ada sepadan atau berada di bawah angka kebangsaan.

Dalam seminggu yang lalu, 301 kematian COVID -19 direkodkan terutamanya melibatkan mereka yang berada dalam kumpulan umur yang lebih tua, dengan 60 daripadanya berusia 80 tahun dan ke atas, 82 dalam kumpulan umur 70-79, 81 dalam kumpulan umur 60-69, 43 dalam kumpulan umur 50-59, manakala 20 daripada mereka berada dalam kumpulan umur 40-49, sembilan dalam kumpulan umur 30-39, dan enam dalam kumpulan umur 18-29.

Daripada 5,439 kes COVID-19 yang baru dilaporkan semalam, sekitar 29 peratus atau 1,582 direkodkan di Selangor sahaja, dengan negeri-negeri dengan angka tertinggi seterusnya ialah Kelantan (639), Johor (488), Sabah (467), Kedah (366), Kuala Lumpur (326), Pahang (326), Pulau Pinang (292), dan Terengganu (235)..

Ini menjadikan jumlah kumulatif kes yang dilaporkan setakat ini di Malaysia adalah sebanyak 2,638,221 kes.

Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) dan Kementerian Kesihatan Malaysia mengesahkan tiada varian Omicron COVID-19 di Malaysia, sehingga hari ini.

Datuk Seri Dr Adham Baba, berkata hasil itu diperoleh berikutan kajian penjujukan genom yang dilakukan oleh tujuh makmal, termasuk Institut Genom dan Vaksin Malaysia.

Zuan Azmi

zuan@wacana.my

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

72  −    =  64