Anak muda Malaysia berkolaborasi dengan beberapa pusat penyelidikan NASA

 Anak muda Malaysia berkolaborasi dengan beberapa pusat penyelidikan NASA

“Sejak dari kecil, saya memang gemar ke lapangan terbang untuk melihat pesawat kapal terbang dan helikopter berlepas serta mendarat.
Berangan-angan juga agar dapat menceburi bidang aeroangkasa.”

Itulah ungkapan inspirasi anak muda Malaysia, Raja Akif Raja Zahirudin yang merupakan penerima Anugerah Professor Barnes McCormick Vertical Flight Foundation Scholarship 2021, Amerika Syarikat oleh Vertical Flight Society yang juga merupakan seorang graduan dari Pennsylvania State University.

Beliau terpilih pada tahun ini dan merupakan salah seorang daripada 27 orang pelajar kejuruteraan berbakat di dunia yang terlibat dalam bidang teknologi penerbangan vertikal atau “27 of the world’s most talented engineering students interested in vertical flight”.

Lebih menarik lagi, anak muda Malaysia ini juga telah berkolaborasi dengan beberapa pusat penyelidikan NASA.

Raja Akif berkolaborasi dengan NASA Ames Research Center dalam kajian mengenai konsep rotor senyap iaitu “Anti-Phase Vortex Reduction Control for Rotor Noise Suppression. Kini, Akif juga sedang berkolaborasi dengan NASA Langley Researcher Center untuk mengkaji kelebihan dari sudut akustik dan prestasi penerbangan yang dihasilkan oleh konfigurasi coaxial co-rotating pada kenderaan eVTOL (Electric Vertical Takeoff and Landing).

Beliau turut pernah terlibat dengan kajian untuk projek NASA JHU-APL Dragonfly yang bertujuan menghantar sebuah dual-quadcopter ke Titan iaitu salah satu bulan planet Saturn.

“Pengalaman berkolaborasi dengan beberapa research center NASA merupakan antara pengalaman belajar yang paling berharga bagi saya,” – Raja Akif.

Salute.  Siapa kata pemuda Malaysia tak boleh berjaya?

Irmamusliana Mustajab

emma@wacana.my

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

45  −  41  =