Anak muda harapan BN

 Anak muda harapan BN

KUALA LINGGI: Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki, mengesahkan pelbagai usaha telah dilaksanakan oleh parti UMNO bagi menambat hati rakyat dalam berkempen pada Pilihan Raya Negeri (PRN) di Melaka kini.

Menurut Dr. Asyraf Wajdi, strategi yang diguna pakai oleh parti UMNO adalah salah satunya dengan menggerakan jentera dengan mendekati golongan muda di kawasan Dewan Undangan Negeri Kuala Linggi, Melaka.

Difahamkan, mereka juga telah mengenal pasti lokasi yang tepat untuk menjalankan agenda dengan meletakkan wakil exco yang bertanding bagi meraih pengundi khususnya menarik golongan muda.

Kekuatan yang kita ada adalah daripada akar umbi, kita menggunakan pendekatan setiap ketua pemuda cawangan, ahli – ahli jawatan kuasa untuk memastikan pemuda atau pengundi muda 21 – 41 tahun ini, akan berada dibawah jagaan mereka daripada sekarang hingga hari mengundi

“Kita akan pastikan, contoh seorang wakil akan menjaga 15 orang dan 15 orang anak muda akan dipastikan supaya mereka keluar dan mengundi,” ujar Dr. Asyraf Wajdi.

Selain itu, beliau menegaskan bahawa peranan media sosial menjadi faktor utama terpenting dalam menggerakan kempen pada kali ini dek kekangan dan halangan dikala pandemik.

Namun kaedah traditional tidak dilupakan dengan menziarah ke rumah-rumah kerana, dia mendakwa sesetengah penduduk di kawasan berkempen tersebut kurang menggunakan media sosial sebagai medium utama berbanding di ibu kota.

Kalau di bandar mungkin kita boleh manfaatkan sepenuhnya media sosial, tetapi di luar bandar, pendekatan traditional dan konvensional masih lagi diperlukan, dengan keadaan SOP yang menjadi kekangan serta halangan,

“Sudah tentu perlu pelbagaikan kreativiti dan inovasi dalam bertemu dan mendekati anak muda,” katanya.

Izz Fizz

izz@wacana.my

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

89  −    =  85