Anak jati Sarawak belajar jurusan undang-undang di Universiti Oxford

 Anak jati Sarawak belajar jurusan undang-undang di Universiti Oxford

PELAJAR cemerlang kelahiran Baram, Sarawak, Chris Deng Vinsien melakar sejarah apabila ditawarkan ke Universiti Oxford di United Kingdom (UK).

Chris, yang berdarah Kayan-Kenyah seolah-olah tidak percaya dirinya mampu mendapat tempat untuk meneruskan pelajaran dalam jurusan undang-undang di universiti berprestij itu.

Selain diterima ke Universiti Oxford, Chris turut ditawarkan tempat di London School of Economics (LSE) dan King’s College di London.

Tapi dia memilih untuk ke Universiti Oxford kerana ia merupakan universiti terbaik di Eropah dan yang kedua di dunia.

Terdahulu, Chris melanjutkan pelajaran di Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Mukah dan menamatkan pengajian A-Level di Kolej Yayasan UEM, Lembah Beringin, Selangor. Chris telah membuktikan bahawa pelajar dari etnik minoriti sepertinya juga boleh menempa nama di persada antarabangsa.

“Saya telah memasang impian untuk membantu orang-orang Sarawak. Saya percaya pencapaian ini didorong oleh orang-orang tua saya. Saya ingin
memberi inspirasi kepada pelajar terutamanya di Sarawak bahawa latar belakang bukan batu penghalang untuk kita mencapai kejayaan di peringkat antarabangsa.”

Tambah Chris lagi, apa yang anda impikan semuanya boleh direalisasikan jika anda melakukan sesuatu dengan sepenuh hati.

Sumber: Awani

Irmamusliana Mustajab

emma@wacana.my

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

50  +    =  58