Anak angkat Sandra Bullock sembunyi makanan?


LOS ANGELES : Bintang Hollywood, Sandra Bullock berkongsi perilaku anak angkatnya, Laila yang menyembunyikan dan menyelinap makanan ke dalam almari.

Trauma dengan pengalaman yang dilalui sebelum ini, Laila melalui tiga sistem keluarga angkat yang berbeza keika berusia hampir tiga tahun sebelum berada di bawah jagaan Sandra.

Jelas pelakon berusia 57 tahun itu, dia sedih apabila melihat Laila sering berpakaian lengkap, dan sentiasa bersedia untuk meninggalkan rumah.

“Ia amat menyakitkan bagi saya. Pada masa sama ia amat sukar untuk tidak berasa sedih kerana apa yang saya mahu lakukan ialah menyayanginya.

“Tetapi kasih sayang sebenarnya dapat menghilangkan trauma yang dialaminya itu,” katanya dalam episod baharu rancangan bual bicara Red Table Talk.

Susulan itu, Sandra mengikuti kelas khas tentang cara untuk membesarkan anak yang mengalami trauma.

Pelakon Hollywood itu mengambil dua anak angkat iaitu Louis yang dilahirkan pada 2010 dan kemudiannya Laila pada 2015. 

Farhana Ab Rahman

farhanabrahman@wacana.my

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

55  −    =  52