AMPUN TUANKU, SELAMATKAN AZAM!

 AMPUN TUANKU, SELAMATKAN AZAM!

Sekumpulan rakyat yang prihatin dengan kesetiaan kepada raja dan negara, yang cintakan keamanan, kesejahteraan dan keharmonian hidup berbilang bangsa dan agama di negara ini bertindak mengadap Duli Yang Maha Mulia, Yang di-Pertuan Agong, petang semalam dan menyerahkan memorandum keamanan kepada Baginda.

Tindakan itu berikutan, rakyat sudah muak dengan permainan politik kotor segelintir ahli politik yang jelas menunjukkan kederhakaan terhadap raja-raja Melayu.

Dahulu parti politik ini tidak menunjukkan belangnya secara terang-terangan tetapi sekarang sudah naik tocang setelah berbaik berpeluk bergabung dengan kononnya satu-satunya parti Islam di Malaysia ini.

Terbaharu, boleh dilihat bagaimana konspirasi mereka ‘hendak menghapuskan’ Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM), Tan Sri Azam Baki, selepas hampir berjaya hendak menghapuskan Najib.

Datuk Seri Azam Baki

Sumber berkata, selama ini kami mendiamkan diri bukan kerana tidak patriotik.

“Sabar itu ada hadnya. Hari ini kita lihat hasutan dan fitnah sudah dipupuk menjadi budaya samseng jalanan, menghakis kedaulatan undang-undang dan kesetiaan kepada raja dan negara.

“Inilah masalahnya apabila ada orang menggunakan topeng agama. Dulu semuanya haram tapi sekarang dah jadi halal. Rasuah, menghasut memfitnah termasuk membunuh pun dah jadi halal.

“Amanat Nik Aziz dan Amanat Hadi Awang masih berjalan tak pernah dibatalkan. Akibatnya semakin ramai bukan Islam yang mengajuk kononnya cakap Arab mengaburi orang ramai.

“Parti yang sebelum ini diuar-uar sebagai musuh Islam kini tanpa segan silu menceritakan mereka ikut sunnah nabi dan para sahabat.

“Malah Tok Guru mereka bercakap di peringkat antara bangsa bahawa memberi dan menerima rasuah adalah halal dalam Islam. Jadi siapa yang akan ikut dulu?

“Inilah yang menjadi puncanya hasutan, fitnah, penganiayaan, mencuri, merompak semakin berleluasa. Menjadi budaya jalanan sekarang. Hasut rakyat hukumlah yang menggugat mereka dengan berbagai fitnah,” katanya kepada Wacana.my.

Katanya, dengan hasutan dan fitnah itu mereka telah membawa anak muda kepada keadilan jalanan. Anak muda terkesan dan termakan fitnah tefsebut sebagai kebenaran.

“Soalannya mengapa mereka pembangkang marah sangat terhadap Azam? Ini rahsia yang ramai tidak tahu.

Mereka menggunakan topeng pemilikan saham oleh Azam. Adakah benar itu menjadi satu kesalahan? Tidak! Bukan itu sebabnya.

“Panjang untuk diceritakan di samping masih menjadi rahsia kerajaan dan melibatkan ramai orang,” katanya.

Mengulas lanjut, pada era 2009, hinggalah 2015, pemilikan saham di pasaran terbuka (seperti membelinya secara runcit di kaunter BSKL) tidak menjadi kesalahan.

Katanya, kakitangan kerajaan hanya perlu membuka akaun saham (CDS) dan memaklumkannya kepada pihak atasan (seperti Ketua Jabatan).

“Ketika itu Azam membeli saham dengan harga yang amat murah. Banyak saham berharga sen sen sahaja.

”Misalnya jika dibeli 2 juta unit dengan harga 20 sen seunit, baru berjumlah RM400,000.00 (400K) dan banyak institusi yang menawarkan pinjaman.

Dengan status Azam ketika itu sebagai pegawai penyiasat, tidak ada konflik kepentingan peribadi dengan pemilikan sahamnya. Sudah tentu perkara ini telah pun diketahui dan disiasat oleh Suruhanjaya Sekuriti (SC). Jadi mesti ada sebab lain.

“Ingat kerajaan PH tak tahu? mustahil mereka tak tahu, pada tahun 2018 bila PH ambil alih kenapa mereka kekalkan Azam Baki sebagai orang nombor dua di SPRM?.

“Kenapa Guan Eng tidak bangkitkan (isu saham Azam Baki) dan menggesa supaya pecat Azam, jika ianya adalah satu kesalahan besar,” katanya.

Beliau berkata, Azam adalah kakitangan kerajaan dan bukan orang politik. Namun antara yang disiasat sudah tentulah termasuk orang politik. Begitu jugalah mula pembabitannya dalam kes 1Malaysian Development Berhad (1MDB) Najib.

Diringkaskan cerita, katanya, Azam mengetahui suatu rahsia besar iaitu senarai nama ala ‘narcos’. Adakah ini puncanya Azam perlu dipecat?

“Ya. Azam Baki perlu dipecat dan diambil tindakan serta merta bagi memenuhi aspirasi tangan-tangan ghaib, terutamanya bagi menjaga kepentingan mereka kekal rahsia.

Mereka sedang melakukan talian hayat menghalang maklumat senarai nama penerima dana berkaitan 1MDB.

Senarai nama ini dalam pengetahuan pengetahuan Azam Baki tetapi ia hanya boleh diserahkan secara G2G melalui SPRM kerana ia sedang dibicarakan di Mahkamah Persekutuan di Brooklyn, Amerika Syarikat (AS).

Perbicaraan itu membabitkan penama Roger Ng Chong Hwa dari Malaysia yang kini dalam tahanan di Amerika Syarikat.

“Siapa Roger Ng? Beliau adalah bekas pengurus bank Goldman Sachs Group Inc yang didakwa memainkan peranan dalam skandal dana 1MDB,” katanya.

Selain Roger Ng, Tim Leissner, seorang lagi pegawai Goldman Sachs, dan ahli perniagaan Low Taek Jho juga didakwa di AS atas tuduhan sama.

Ketika ini pun sudah kecoh ramai netizen mula menyoal siapakah taikun-taikun yang telah menerima wang rasuah daripada Goldman Sachs itu.

“Bukti senarai nama penerima wang 1MDB yang dikaitkan dengan Roger Ng ini, hanya SPRM sahaja yang layak memohon maklumat itu dari mahkamah di New York.

Apa hebatnya senarai ini? Ia senarai penerima wang 1MDB yang telah diselewengkan. Senarai ini yang tidak diketahui ramai. Pihak berkuasa di Amerika Syarikat pun sedang mencari senarai ini.

Azam Baki khabarnya tahu senarai ini dan sedang tawar menawar bertukar maklumat dengan pihak berkenaan di Amerika.

“Sumber awal SPRM mendapati Jho Low telah menyalurkan banyak wang 1MDB yang diselewengkan kepada individu personaliti politik di Pulau Pinang, khabarnya hingga mencecah ratusan juta.

Sedangkan sumbangan RM10K, RM20K oleh Najib pun dirampas oleh SPRM inikan pula berpuluh beratus juta,” katanya.

Soalan berikutnya kenapakah baru kini tangan ghaib ini mahu Azam Baki “dihilangkan”?

Katanya, sebelum ini mereka berjaya menyembunyikan konspirasi mereka tetapi setelah Hakim Nazlan menggunakan satu prinsip perundangan terhadap Najib, dan Najib berjaya dihukum penjara 12 tahun dan didenda lebih RM250 juta WALAU PUN NAJIB BUKAN PELAKUNYA, maka semua mereka kini terdedah kepada risiko ditangkap dan dihukum dengan cara yang sama.

“Sebab itulah senarai “narcos” dan/atau sesiapa yang tahu mengenainya perlu dihapuskan.

Tanpa senarai ini, dengan bukti baru berkemungkinan besar Najib akan dibebaskan.

Mereka khuatir sekiranya maklumat ini tiba dan dibentangkan di mahkamah Malaysia ia akan membuka lebih banyak ‘pandora box’ segala ulat-ulat akan keluar,” katanya.

Beliau memberitahu Ketua Pesuruhjaya SPRM yang baru dilantik pada 2019, Latheefa Koya telah ‘supressed’ (atau menyembunyikan) maklumat ini.

‘Kenapa supressed? Ketika itu Perdana Menteri adalah Tun Dr Mahathir Mohamad, Menteri Kewangan adalah Lim Guan Eng yang berasal dari Pulau Pinang dan Ketua Polis Negara, Tan Sri Hamid Bador yang telah bersara perkhidmatannya tetapi diberi jawatan kembali oleh Mahathir.

“Hamid dipercayai orang kanan Mahathir kerana segala siasatan 1MDB ketika itu dilakukan oleh pihak polis bukan SPRM.

“Dalam pada itu, ada beberapa banyak kepincangan dalam siasatan kes.

“Contohnya mahkamah (bila) telah isytihar pulangkan duit dan barangan jam Datuk Seri Najib yang dirampas dari kediaman beliau di Langgak dan Pavillion, barang tersebut tidak dipulangkan.

“Mahkamah mendapati tiada kaitan 1MDB.

“Lebih ajaibnya Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman ketika itu, Dato Ammar Singh Ishar Singh kini dipercayai ‘hilang tak dapat dikesan’ bersama jumlah wang tertentu sebelum dibentangkan keseluruhan di mahkamah,” katanya.

Umum mengetahui Dato Amar Singh adalah tegas dan berkaliber, persoalannya mengapa disebarkan khabar- khabar angin beliau melarikan diri ke luar negara?

Adakah tangan-tangan ghaib memberi tugas tertentu yang mungkin tak mampu Amar Singh dedahkan demi menjaga nyawa dan sumpah jawatannya sebagai polis?

Mampukah seorang penjawat awam bertindak begitu, dia tidak memiliki rangkaian bergerak ke sana ke mari di luar negara.

Mendedahkan semula, katanya, pada 18 Mei 2018, Amar Singh diarahkan untuk merampas 72 beg mengandungi wang tunai bernilai RM114 juta di kondominium mewah Pavilion Residences.

Bagaimanapun setelah siasatan mendapati wang terbabit bukan sumber 1MDB, sebaliknya adalah sumbangan dan tajaan kepada UMNO bagi Pilihan Raya Umum, Mahkamah Tinggi telah memulangkan kepada UMNO.

“Berbalik kepada jumlah ratusan juta yang telah diberi, senarai tersebut hanya boleh diperolehi oleh SPRM melalui Azam Baki.

Maka, Azam Baki perlu dibuang serta-merta supaya Datuk Seri Najib kekal bersalah dalam mahkamah rakyat, mengikut percaturan tangan ghaib tadi,” katanya.

Sekiranya kita sebagai rakyat mahu mendukung Keluhuran Perlembagaan dan sedia terima kepahitan dan kebenaran satu-satu kes, izinkanlah proses mendapatkan senarai itu dilakukan oleh SPRM dan kekalkan Azam Baki sebagai KP SPRM dan warga SPRM yang sedia ada sekarang.

Izinkanlah mereka melaksanakan tugas dan amanah Yang di-Pertuan Agong dalam erti kata sebenar.
Senarai nama penerima itu pasti mendedahkan nama-nama yang lebih kontroversi dari nama Azam Baki.

Dengan kata lain, mohon ketegasan DYMM YDP Agong dan Majis Raja-raja bagi memastikan penyangak, pencuri, penyamun, perompak dan pengkhianat dibawa kemuka pengadilan.

Tun Puteh Wanti

sangratu@wacana.my

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

26  −  23  =