Amir Hamzah dilantik terajui KWSP

 Amir Hamzah dilantik terajui KWSP

Oleh Suraya Ali 

KUALA LUMPUR: 10 Feb – Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) melantik Datuk Seri Amir Hamzah Azizan, sebagai Ketua Pegawai Eksekutif badan berkanun  itu berkuatkuasa 1 Mac 2021. 

Pelantikan itu mendapat kelulusan Menteri Kewangan dan akan menggantikan Tunku Alizakri Alias yang menerajui KWSP sejak 20 Ogos 2018. 

Dengan 25 tahun pengalaman menerajui pelbagai syarikat korporat. Kerjaya Amir Hamzah  apabila beliau menyertai Kumpulan Shell dan pernah dilantik sebagai Ketua Pegawai Eksekutif beberapa organisasi korporat antaranya MISC Bhd, PETRONAS Dagangan Bhd, PETRONAS Lubricants International, Icon Offshore Bhd dan Themed Attractions Resorts and Hotels Sdn Bhd.

Dalam kenyataan media hari ini, Unit Media KWSP memaklumkan Tunku Alizakri akan meneruskan sumbangan terhadap perkhidmatan awam melalui kapasiti yang berbeza. 

“Wawasan serta komitmen Tunku Alizakri kepada semua pihak berkepentingan terutama ahli KWSP boleh dilihat melalui hala tuju KWSP dalam mempertingkatkan kecekapan operasinya melalui pecutan digital, mengguna pakai dasar dan tadbir urus alam sekitar (ESG) dan kelestarian sebagai metrik utama, serta memperkasakan keselamatan sosial dan kesejahteraan bagi rakyat,” katanya. 

Dalam kenyataan sama, KWSP turut mengucapkan jutaan terima kasih dan ucapan selamat maju jaya kepada Tunku Alizakri atas dedikasi dan sumbangan beliau selama tujuh tahun, bermula sebagai Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Strategi) dan kemudian sebagai CEO KWSP. 

Sementara itu, Amir Hamzah diharap akan membantu KWSP ketika mengharungi situasi ketika ini yang sangat kompleks dan mencabar dalam sejarah KWSP.

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

66  −  58  =