• Sunday, 20 June 2021, 9:48 am

Ambulan kemalangan, 2 cedera

 Ambulan kemalangan, 2 cedera

Oleh Nurman Nasyriq

MUAR, 22 Mei – Dua cedera selepas ambulan yang dinaiki hilang kawalan sebelum terbabas dan terbalik di hadapan Perumahan Kastam, Jalan Bakri Batu 4, di sini semalam.

Dalam kejadian jam12.20 tengah hari itu, seorang pembantu perubatan, 40-an, patah tangan dan seorang pesakit wanita, 35, cedera di muka manakala pemandu ambulans, 40-an dan seorang wanita warga emas, 72, terselamat.

Susulan itu 11 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Muar dengan sebuah jentera Ligght Fire Rescue Team (LFRT), satu Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) dan dua unit Rapid Intervention Motorcycle (RIM) dikejarkan ke tempat kejadian.

Menurut Komander Operasinya, Penguasa Bomba Kanan II Zuraimi Harun, sejurus tiba pihak mendapati orang awam sudah mengeluarkan semua mangsa dari
ambulans jenis Toyota Hiace.

“Pihak bomba bertindak menghantar seorang mangsa menaiki jentera EMRS BBP Muar, manakala tiga mangsa lagi dihantar menaiki ambulans ke hospital berhampiran.

“Operasi tamat jam 12.40 tengah hari,” katanya dalam satu kenyataan.

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *