Al Fresco: Bilik darjah terbuka berlatar Gunung Kinabalu

 Al Fresco: Bilik darjah terbuka berlatar Gunung Kinabalu

Oleh Mohd Azrone Sarabatin

RANAU,17 Mac: Belajar di bilik darjah terbuka berlatarkan Gunung Kinabalu yang megah menjadikan Sekolah Kebangsaan (SK) Randagong di sini, seolah-olah sebuah resort di kawasan
pergunungan.

Bagaimanapun, hanya sebuah bilik darjah terbuka, manakala selebihnya dilengkapi dinding. Murid dan guru sekolah kawasan pedalaman di Jalan Ranau-Tambunan itu sentiasa menghirup udara segar serta dingin dan perlu memakai baju tebal, selain uniform sekolah.

Bilik darjah sekolah berkenaan menjadi tular selepas dimuatnaik dalam profil Facebook oleh seorang gurunya, Sabirun Rubin, 34.

Bilik darjah turut dikenali sebagai ‘al Fresco’ sempena nama sebuah restoran di pusat peranginan terkenal, Sutera Habour Resort, Kota Kinabalu asalnya digunakan untuk Program Makanan Tambahan untuk murid.

Mengikut Sabirun, pandemik COVID-19 yang menetapkan penjarakan sosial antara Prosedur Operasi Standard (SOP) menyebabkan pihak sekolah perlu menggunakan sebuah bilik darjah tambahan.

Sabirun berkata, selepas berbincang dengan Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) Ranau dan pihak ibu
bapa, pentadbiran sekolah bersetuju menggunakan sebuah bilik darjah terbuka untuk menempatkan murid Tahun 4.

Ini kerana murid kelas terbabit adalah paling sedikit berbanding lima lagi bilik darjah di sekolah itu.

Mengikut guru mata pelajaran Bahasa Melayu dan Seni Visual itu, bilik darjah terbuka itu mula digunakan apabila sekolah dibuka semula pada Julai tahun lalu selepas berakhirnya Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Pihak pentadbiran dan guru sepakat menggunakan bangunan terbuka yang kondusif untuk Pembelajaran dan Pemudahcaraan (PdPc).

“Walaupun kelas berkenaan digunakan murid Tahun 4 Mawar, sesekali ia turut dimanfaatkan murid Tahun Lima.

“Ibu bapa menerima idea ini dan tidak mempunyai masalah dengannya. Bagi murid, mereka sangat gembira ditempatkan di kelas yang berbeza dengan yang lain untuk memenuhi SOP penjarakan fizikal berikutan pandemik COVID-19,” katanya

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

9  +  1  =