Akur SOP, Haqiem Rusli mohon maaf

 Akur SOP, Haqiem Rusli mohon maaf


PETALING JAYA : Penyanyi, Haqiem Rusli membuat permohonan maaf secara terbuka di media sosialnya kerana tidak dapat menjemput ramai pihak ke majlis pernikahannya yang bakal berlangsung sekitar jam 3 sebentar lagi.

Akur kepada prosedur operasi standard (SOP) Haqiem atau nama sebenarnya Ridzuan Haqiem Rusli, 23, dia terpaksa mengehadkan jumlah tetamu kerana mematuhi SOP yang ditetapkan.

Haqiem memaklumlan perkara itu menerusi satu hantaran baru di ruangan Insta Story miliknya.

“Saya nak minta maaf jika ada rakan-rakan yang tak dapat saya jemput untuk majlis. Atas sebab jemputan kami sangat terhad dan SOP yang sangat ketat.

“Sebab itu kami tak dapat jemput semua dan kami lebihkan keluarga dan saudara mara. 

Terima kasih, doakan yang baik-baik sahaja,” ujar Haqiem.

Terdahulu, Haqim telah mengejutkan peminat dengan mengumumkan bakal bernikah pada 19 November ketika siaran langsung Anugera Bintang Popular ke-34 (ABPBH34) pada Ahad lalu.

Farhana Ab Rahman

farhanabrahman@wacana.my

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

  +  82  =  87