Akur perintah suami, Ellie Suriati kini lengkap vaksinasi

 Akur perintah suami, Ellie Suriati kini lengkap vaksinasi

PETALING JAYA : Pelakon Ellie Suriati yang lantang bersuara mengenai vaksin COVID-19 akhirnya akur dengan perintah suaminya, Azri Iskandar selepas diberikan pilihan untuk tidak disuntik selama dua tahun. 

Taat akan perintah suami, Ellie memaklumkan dia akhirnya selamat divaksinasi dengan Sinovac sejak November lalu. 

“Saya bukan anti vaksin seperti mana yang didakwa oleh sesetengah pihak. Selepas dua tahun diberikan pilihan dan kebebasan untuk bersuara daripada suami, saya dan anak-anak akhirnya akur.

“Memandangkan dia adalah ketua keluarga dan bertanggungjawab di atas apa yang berlaku kepada kami semua, maka saya dan anak-anak patuh dengan permintaannya. 

“Dengan ini saya memaklumkan, saya sudah lengkap vaksinasi. Saya ambil suntikan pertama vaksin jenis sinovac pada penghujung Oktober tahun lalu dan suntikan kedua pada November tahun lalu. 

“Guna masing-masing ada cara tersendiri untuk mencegah diri daripada wabak tersebut. Sepanjang saya tak ambil vaksin, saya menggunakan langkah pencegahan supaya tidak dijangkiti,” kata Ellie.

Terdahulu, tular di media sosial apabila Ellie dan dua anak mereka yang berusia 17 serta 12 tahun enggan menerima suntikan vaksin Covid-19 atas sebab-sebab keselamatan dan kesihatan.

Tidak lama selepas itu, Azri berkongsi terpaksa berbohong sunat  kepada isterinya bagi mendapatkan suntikan vaksin Covid-19 demi menjaga keharmonian rumah tangga mereka.

Farhana Ab Rahman

farhanabrahman@wacana.my

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

68  −    =  58