Aktiviti sukan, rekreasi bersentuhan fizikal dibenarkan

 Aktiviti sukan, rekreasi bersentuhan fizikal dibenarkan

Aktiviti sukan dan rekreasi bersentuhan fizikal dibenarkan bagi individu lengkap vaksin. Gambar hiasan

KUALA LUMPUR, 15 Sept — Aktiviti sukan dan rekreasi bersentuhan fizikal membabitkan pengoperasian fasiliti sukan dan rekreasi terbuka (outdoor) serta tertutup (indoor) di negeri Fasa 2 dan Fasa 3 Pelan Pemulihan Negara (PPN) dibenarkan kepada individu lengkap vaksin.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata aktiviti tersebut perlu dijalankan secara tempahan, penjadualan penggunaan dan pemantauan rapi selain fasiliti sentiasa disanitasi.

“Bagi aktiviti sukan dan rekreasi berpasukan membabitkan sentuhan fizikal seperti bola sepak, bola tampar dan sepak takraw juga dibenarkan mengikut kapasiti penuh sukan itu bagi individu lengkap vaksin dan dilakukan di premis mempunyai kawalan penyeliaan sepenuhnya.

“Selain itu, aktiviti kecergasan individu seperti senamrobik, zumba dan seumpamanya yang dilakukan secara berkumpulan di kawasan dan premis yang sama dengan mematuhi 50 peratus kapasiti atau tidak melebihi 50 orang (mana-mana yang lebih rendah) bagi individu yang lengkap divaksin, dengan seliaan jurulatih turut dibenarkan,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Muhammad Iqhwan Hakim Abdullah

iqhwan@wacana.my

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

1  +  5  =