Aktiviti sukan dan rekreasi individu dan berpasukan kini dibenarkan di kawasan PKPB dan PKPP

 Aktiviti sukan dan rekreasi individu dan berpasukan kini dibenarkan di kawasan PKPB dan PKPP

KUALA LUMPUR, 6 MacĀ  — Aktiviti sukan dan rekreasi individu serta berpasukan bagi tujuan kesihatan, kecergasan, latihan, permainan atau perlawanan kini dibenarkan di kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) bermula hari ini.

Kementerian Belia dan Sukan (KBS) dalam satu kenyataan memaklumkan kebenaran itu tertakluk kepada arahan kawalan pergerakan yang sedang berkuat kuasa dan kebenaran pihak berkuasa berkaitan.

Menurut kenyataan itu, bagi penganjuran kejohanan atauĀ pertandingan di peringkat kebangsaanĀ sepertiĀ Liga Bola Sepak Malaysia (Liga-M), Liga Hoki Malaysia (MHL) dan Liga Sepak Takraw (STL) yang melibatkan pergerakan rentas negeri, kebenaran polis adalah diperlukan.

Ia jugaĀ mestiĀ mengikut Model Gelembung Sukan dan tanpa kehadiran penonton.

Bagi penganjuran di peringkatĀ antarabangsa, KBS berkataĀ ia mesti mendapat kebenaran pihaknya terlebih dahulu.

Menurut KBS, sepanjang arahan kawalan pergerakan itu, latihan pusat berfasa bagi pasukan Liga-M, MHL, STL secara ā€˜home or camp quarantineā€™Ā serta program latihan berpusat Majlis Sukan NegaraĀ dan Majlis Sukan Negeri secara ā€˜camp quarantineā€™ adalah dibenarkan.

Turut dibenarkan aktiviti berkumpulan yang dilakukan secara setempat seperti senamrobik, yoga danĀ tarian sukan dengan had kapasiti 50 peratusĀ daripada kapasiti kawasan dengan kawalan penyeliaan.

Bagaimanapun, aktiviti massa yang melibatkan pergerakan dan perkumpulan ramai yang menyukarkan penjarakan fizikal seperti larian ria, pacu ria, maraton danĀ triatlon adalah tidak dibenarkan.

Kenyataan itu menyebut bagi Sabah dan Sarawak, prosedur operasi standardnyaĀ adalah berbezaĀ dan orang ramai disaran merujuk ke laman sesawang Majlis Keselamatan Negara untuk maklumat lanjut.

Baru-Baru ini, kerajaan mengumumkan Ā pelaksanaan PKPB di Selangor, Pulau Pinang, Johor,Negeri Sembilan, Kedah, Perak, Kelantan dan Kuala Lumpur manakalaĀ Melaka, Pahang, Terengganu, Perlis, Sabah, Putrajaya dan Labuan diletakĀ di bawah PKPP bermula 5 hingga 18 Mac depan.

Negeri Sarawak pula terus diletakĀ di bawah PKPB sehingga 15 Mac depan.

Bernama

bernama@wacana.my

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

31  −    =  28