Aktiviti keusahawanan mampu tingkat kualiti hidup masyarakat luar bandar – Mahdzir

 Aktiviti keusahawanan mampu tingkat kualiti hidup masyarakat luar bandar – Mahdzir

Datuk Seri Mahdzir Khalid

KUALA LUMPUR, 10 Nov — Penduduk luar bandar mampu membangunkan kawasan luar bandar dan tingkatkan kualiti kehidupan dengan aktiviti keusahawanan.

Berikut pendapat Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Seri Mahdzir Khalid yang berkata, kepentingan untuk meningkatkan penggunaan internet dan teknologi digital untuk memastikan kelestarian dan ketahanan usahawan luar bandar dalam era pemulihan pasca COVID-19 perlu ditekankan.

“Aktiviti keusahawanan luar bandar mampu meningkatkan kualiti kehidupan bagi invidividu, keluarga dan komuniti di luar bandar,” katanya ketika berucap ketika merasmikan Forum Pemerkasaan Perusahaan Luar Bandar Mikro, Kecil dan Sederhana Peringkat ASEAN.

Program anjuran kementerian tersebut melalui Institut Kemajuan Desa itu telah disertai kira-kira 100 peserta terdiri daripada pegawai kerajaan, pertubuhan bukan kerajaan dan usahawan luar bandar dari negara-negara ASEAN dan ASEAN Campur Tiga seperti Singapura, Thailand, Kemboja, Filipina, Jepun, Republik Rakyat China dan Malaysia.

Pada forum itu turut dibincangkan hala tuju dan tindakan untuk meningkatkan daya tahan dan daya saing perusahaan luar bandar pasca COVID-19.

Selain itu, beberapa usahawan luar bandar turut berkongsi pengalaman mendepani cabaran COVID-19 dan langkah pemulihan yang diambil untuk meneruskan perniagaan.

Hasil daripada forum ini boleh digunakan oleh negara-negara ASEAN untuk merangka pelan pembangunan usahawan luar bandar di negara masing-masing terutamanya yang berkaitan dengan teknologi digital.

suraya ali

suraya@wacana.my

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

20  −  18  =