Akses Platform Sugarbook telah disekat di Malaysia

 Akses Platform Sugarbook telah disekat di Malaysia

Oleh Azwan Azmi

Kuala Lumpur, 16 Feb : Sejak semalam tular mengenai platform Sugarbook yang menerima tentangan & desakan dari pelbagai pihak agar domain & akses platform ini disekat di Malaysia.

Terkini, setakat jam 5 pagi hari ini, platform yang didakwa menyuburkan aktiviti pelacuran yang mengetengahkan konsep “sugar daddy dan sugar baby” ini didapati telah disekat aksesnya di negara ini.

Tinjauan Wacana.my mendapati Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (SKMM) telahpun menyekat akses platform berkenaan kerana didakwa melanggari peruntukan Seksyen 233, Akta Komunikasi & Multimedia 1998.

Terdahulu semalam, pihak SKMM telah meminta orang ramai berhati-hati melayari platform berkenaan kerana platform tersebut sedang disiasat.

Selain daripada Sugarbook, terdapat pelbagai aplikasi lain yang menawarkan perkhidmatan “dating service” atau percintaan dalam talian. Pengguna atas talian harus sedar bahawa mereka mudah tertipu dan terdedah kepada risiko jenayah siber sekiranya tidak mengambil langkah keselamatan siber dan kawalan kendiri.

Menurut kenyataan SKMM lagi, pengguna atas talian juga terdedah dengan risiko scam percintaan (love scam) selain daripada malware dan spyware, kebocoran maklumat peribadi dan gangguan seksual.

Sehubungan itu, SKMM telah menasihatkan pengguna atas talian agar sentiasa berhati-hati memberikan maklumat peribadi ketika melayari media sosial atau aplikasi dalam talian, terutamanya untuk berhubung dengan orang-orang yang tidak dikenali contohnya di laman pencarian teman.

SKMM akan terus memantau dan menyiasat bersama PDRM, platform Sugarbook dan akan mengambil tindakan terhadap pengguna dan pemilik platform itu sekiranya didapati melakukan aktiviti yang melanggar undang-undang negara.

Kenyataan Media SKMM, 15 Febuari 2021, halaman 1
Kenyataan Media SKMM, 15 Febuari 2021, halaman 2

Zuan Azmi

zuan@wacana.my

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

56  −  50  =