• Sunday, 20 June 2021, 2:40 pm

AKSEM gagalkan cubaan seludup 390 kg daun ketum

 AKSEM gagalkan cubaan seludup 390 kg daun ketum

PADANG BESAR, 1 Jun– Agensi Kawalan Sempadan Malaysia (Aksem) Perlis menggagalkan cubaan menyeludup 390 kilogram daun ketum dianggarkan bernilai RM19,500 dan menahan seorang lelaki di dalam sebuah kenderaan di Jalan Kaki Bukit semalam.

Komander Aksem Perlis DSP Azizan Saman berkata dalam kejadian 12 tengah hari itu, anggota Aksem turut menjumpai dadah jenis syabu seberat 1.21 gram dipercayai untuk kegunaan sendiri.

Beliau berkata anggota Aksem terserempak dengan suspekĀ berumur 21 tahun yang memandu Proton Persona ituĀ di sekitar kawasan berkenaan dan lelaki itu cuba melarikan diri menyebabkan anggota mengejar suspek sejauh kira-kira 16 kilometer sebelum berjaya ditahan.

ā€œKetika ditahan suspek berada di bawah pengaruh dadah dan memandu dalam keadaan berbahaya sehingga hampir melanggar orang ramai namun, tidak berlaku sebarang kecederaan,ā€ katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Azizan berkata daun ketum itu dipercayai diperoleh dari Kedah untuk stok simpanan bagi memenuhi permintaan sepanjang pelaksanaan sekatan pergerakan penuh yang bermula hari ini.

Katanya, kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 30 (3) Akta Racun 1952 dan Seksyen 12 (2) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *