AKRINE rawat 3,000 kes gangguan jin setahun

 AKRINE rawat 3,000 kes gangguan jin setahun

Oleh Iqhram Ahmad

SUNGAI BULOH, 9 Feb: Walaupun manusia kini berada dalam peradaban yang lebih moden dan kehidupan yang canggih namun perbuatan sihir, santau dan menuntut ilmu hitam masih berlaku di kalangan segelintir masyarakat.

Pengasas Akademi Rawatan Islam Nur Ehsan (AKRINE), Ustaz Abdul Majid Hassan berkata, kesannya ramai di kalangan masyarakat termasuk Melayu yang menjadi mangsa perbuatan sihir dan ilmu hitam.

Beliau yang aktif dan berpengalaman lebih lebih 17 tahun dalam dunia perubatan Islam berkata, antara rawatan yang dilakukan melibatkan perbuatan sihir, saka serta santau dan perkhidmatannya membantu mangsa adalah sebagai melunaskan fardhu kifayah yang dituntut oleh Islam.

Ustaz Abdul Majid Hassan

Katanya, seiring perkembangan teknologi, proses atau kaedah rawatan turut berubah di mana sebahagiannya boleh dilakukan menerusi panggilan telefon atau panggilan video.

Menurut Abdul Majid, hampir 80 peratus mangsa yang dirawatnya adalah berkaitan dengan masalah gangguan jin yang boleh berlaku antara lain menerusi sihir dan berebut kawasan dengan jin.

“Di AKRINE, saya merawat sekurang-kurangnya 3,000 kes gangguan jin setahun. Perawat harus banyak menimba ilmu dengan menjadikan al-Quran, hadis, ulama dan perawat muktabar sebagai panduan,” katanya Wacana.my.

Menerusi pengalaman, beliau berjaya menyediakan modul bagi 48 teknik perawatan Islam termasuk teknik mengislamkan jin. Teknik-teknik itu juga telah dibincangkan dan dipraktikkan oleh perawat Islam di seluruh negara.Abdul Majid turut menekankan supaya umat Islam untuk mempraktikkan bacaan ayat al-Quran sebagai perlindungan gangguan jin.

“Bagi memulakan sesuatu pekerjaan, ia mesti dimulakan dengan bacaan Bismillah kerana ia sebenarnya memberi kebaikan yang sangat hebat,” katanya sambil menasihatkan umat Islam mengamalkan bacaan surah al-Fatihah, ayat Kursi  dan dua ayat terakhir surah al-Baqarah sebagai langkah memohon perlindungan diri kita kepada Allah SWT daripada gangguan jin.

“Kerana tinggi dan istimewa  surat al-Fatihah ini, Allah SWT mengambil seribu tahun untuk menurunkannya ke bumi,” katanya.

(Mulai Jumaat ini, Wacana.my akan kongsikan kisah-kisah paranormal ini setiap minggu sebagai satu lagi bahan bacaan dan kita sama-sama mengambil iktibar daripadanya).

Related post

1 Comment

  • 👍👍👍👍

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

67  −    =  61