Rusuhan dipercayai salah faham

 Rusuhan dipercayai salah faham

IPOH: Tular dan kecoh di media sosial pagi ini apabila terdapat satu rusuhan kecil telah berlaku di berhadapan sebuah restoran di sini, semalam.

Insiden rusuhan itu berlaku di kawasan Station 18 Pengkalan, Ipoh dan kejadian melibatkan seorang mangsa lelaki yang memandu sebuah kereta yang dituduh mencuri telefon bimbit.

Berikutan itu, berlaku kejadian kejar-mengejar antara mangsa dengan suspek sehingga kenderaan yang dipandu oleh mangsa telah melanggar sebuah kereta lain sebelum berlakunya rusuhan oleh sekumpulan remaja dipercayai pekerja Foodpanda.

Ekoran daripada rusuhan berkenaan, kenderaan mangsa dilaporkan telah dirosakkan dengan menggunakan kerusi plastik, batu serta kon plastik.

Punca kejadian adalah disebabkan salah faham dan tuduhan kecurian telefon bimbit oleh mangsa tidak dapat dibuktikan.

Polis telah menahan 2 orang suspek lelaki yang terlibat dan siasatan dijalankan di bawah Seksyen 148 KK & Seksyen 427 KK kerana perbuatan merusuh serta khianat. Saki baki suspek sedang dikesan.

Izz Fizz

izz@wacana.my

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

  +  37  =  45