Akar Umbi UMNO persoal sokongan kepada Zahid Hamidi

 Akar Umbi UMNO persoal sokongan kepada Zahid Hamidi

Oleh Serayu Suria

KUALA LUMPUR, 25 Mac — Sebahagian akar Umbi UMNO mempersoalkan dakwaan sokongan padu terhadap Presiden parti, Dato’ Seri  Zahid Hamidi.

Menurut sumber UMNO, akar umbi khususnya di negeri Selangor tidak berpuas hati dengan cara kepimpinan Zahid sebagai presiden UMNO.

“Saya sebagai orang yang ada jawatan disini amat kecewa dan berharap ahli UMNO lebih matang dalam membuat keputusan,” katanya kepada Wacana.my hari ini.

Ditanya mengenai khabar angin ada cubaan menjatuhkan Zahid dari jawatan presiden, sumber itu berkata itu adalah yang terbaik.

“Jika benar, baguslah. UMNO tidak akan maju dan berkembang jika terus diterajui oleh pemimpin seperti beliau,” katanya.

Tambahnya lagi, UMNO tidak nampak kekurangan mereka sendiri namun kekal ego dan masih berdegil enggan mengakui kelemahan sendiri.

Hujung minggu ini perwakilan UMNO bakal bersidang selama dua hari di Perhimpunan Agung UMNO 2021 (PAU 2021).

PAU 2021 merupakan persidangan pertama UMNO sejak pandemik COVID-19 melanda negara dan selepas PAU 2020 tidak diadakan tahun lalu.

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

  −  4  =  2