Ais kepal Milo Itik menu baharu di Kelantan?

 Ais kepal Milo Itik menu baharu di Kelantan?

PETALING JAYA: Bila sebut saja hidangan makanan atau minuman yang terdapat di Malaysia, pasti ramai yang akan binggung sebentar bukan?, ini kerana negara Malaysia mempunyai pelbagai jenis variasi makanan dan minuman daripada pelbagai bangsa yang boleh dinikmati bersama.

Malah dengan hasil gabungan tiga bangsa di Malaysia, melayu, india dan cina, maka tidak peliklah, Malaysia sudah pun dikenali sebagai “syurga makanan” oleh para pelancong yang hadir ke negara ini.

Banyak juga makanan tradisi Malaysia sudah pun dikenali di negara luar kerana keasilan rasanya yang tiada bandingan.

Lantaran itu, salah satu minuman yang telah mengundang perhatian warga pengguna media sosial kini adalah ais kepal Milo, meskipun ia kelihatan seperti ais kepal Milo biasa namun apa yang uniknya, ais kepal Milo ini telah diisi dalam bekas berbentuk anak itik.

Difahamkan, idea unik ini telah pun diilhamkan oleh pasangan suami isteri Mohd. Fariq Atan, 37, dan isteri, Asmanizazilawati Ahmad, 39, di Kampung Pauh Lima, di sini sejak bulan lalu.

Dikhabarkan juga, hampir 500 bekas sudah pun terjual sehari dan selain dijual dalam bekas itik, terdapat juga bekas “bear” sebagai pilihan alternatif buat pelanggannya.

Ramai yang sanggup berbaris di kedai pasangan tersebut bagi mendapatkan ais kepal Milo yang comel itu kerana penangan tular di media sosial baru ini.

Memetik sumber Utusan Malaysia, Mohd. Fariq berkata, selepas perniagaan kedai runcit diusahakannya dan isteri terjejas teruk akibat Covid-19, mereka memikirkan pelbagai cara untuk bangkit semula.

Katanya, mereka pada mulanya cuba menambah pendapatan dengan cara berniaga makanan dan minuman di luar kedai runcit namun sambutan diterima agak hambar.

Sebelum ini ada peniaga jual minuman dalam bekas se­perti baldi. Jadi kami cuba buat kelainan­ dengan jual ais kepal dalam bekas anak itik kuning. Tidak sangka, percubaan ini mendatangkan hasil lumayan.

“Alhamdulillah, selepas ditularkan di media sosial, rezeki kami murah apabila berjaya menjual sehingga 500 set bekas anak itik setiap hari. Bagi memenuhi keperluan ini, 30 kilogram Milo digunakan sehari,” katanya ketika ditemui baru-baru ini.

“Disebabkan tidak menang tangan melayan pelanggan yang tidak putus-putus, kami kini mengambil dua pekerja selain perlu menempah ribuan set bekas anak itik lebih awal di kilangnya yang terletak di Johor Bahru,” katanya.

Sedikit maklumat, ais kepal Milo berkenaan dijual mengikut  saiz bekas dan bekas kecil dijual dalam anggaran pada harga RM8 manakala bekas besar RM30.

Izz Fizz

izz@wacana.my

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

25  −    =  23