Air Selangor, IWK meterai perjanjian usaha sama pulihkan kegunaan air

 Air Selangor, IWK meterai perjanjian usaha sama pulihkan kegunaan air

KUALA LUMPUR, 16 Mac — Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) dan Indah Water Konsortium Sdn Bhd (IWK) pada Selasa menandatangani satu perjanjian bagi usaha sama memulihkan kegunaan air melalui penubuhan syarikat tujuan khas, Central Water Reclamation Sdn Bhd.

Melalui kerjasama itu, Air Selangor akan memiliki pegangan 60 peratus manakala IWK sebanyak 40 peratus dalam syarikat tujuan khas tersebut.

Perjanjian itu bagi membolehkan bioefluen yang dirawat di loji rawatan IWK dibekalkan ke loji rawatan Central Water yang dilengkapi teknologi terkini untuk dirawat seterusnya.

Loji rawatan Central Water kemudian akan menghasilkan air yang tidak boleh diminum terawat yang boleh digunakan dengan selamat oleh industri dan pertanian bukan tanaman khususnya di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya.

Air tersebut akan diagihkan oleh Air Selangor menerusi jaringan paip khas.

 

Bernama

bernama@wacana.my

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

47  −  37  =