Kumpulan AirAsia memperkenalkan perkhidmatan e-hailing terbaru, AirAsia Ride

 Kumpulan AirAsia memperkenalkan perkhidmatan e-hailing terbaru, AirAsia Ride

KUALA LUMPUR, 25 Ogos —  Kumpulan AirAsia hari ini memperkenalkan perkhidmatan e-hailing terbaru, Airasia Ride kepada pelanggan di kawasan Lembah Klang.

Ketua Pegawai Eksekutif Airasia Super App, Amanda Woo berkata, dalam memberikan pengalaman terbaik kepada pelanggan, pihaknya bermatlamat bagi menyediakan perkhidmatan e-hailing yang lebih mudah menerusi Airasia Super App.

Perkhidmatan tersebut turut mempunyai DNA tambang rendah kumpulan itu dengan  menawarkan kadar tambang purata RM1 bagi setiap kilometer.

” Semua penjimatan perniagaan akan disalurkan kepada penumpang melalui kadar tambang dan nilai terhebat dalam ekosistem e-hailing yang kompetitif.

“Ini sebahagian daripada inisiatif transformasi digital berterusan kami menjadi Super App terbaik Asean yang akan dilancarkan di Thailand dan Indonesia tidak lama lagi,” katanya.

Perkhidmatan airasia ride bakal berkembang di bandar lain di seluruh Malaysia tahun ini.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif airasia ride Malaysia, Lim Chiew Shan berkata, penumpang juga diberi peluang memilih jenis kenderaan dan pemandu bersesuaian.

 

 

 

suraya ali

suraya@wacana.my

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

  +  11  =  13