Ahli MPT BERSATU hadir mesyuarat bincang keputusan MT UMNO

 Ahli MPT BERSATU hadir mesyuarat bincang keputusan MT UMNO

Oleh Suraya Ali

Presiden BERSATU, Tan Sri Muhyiddin Yassin tiba di Everly Hotel, Putrajaya untuk mempengerusikan mesyuarat MPT parti itu

PUTRAJAYA, 4 Mac: Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) BERSATU hadir bermesyuarat petang ini untuk membincangkan keputusan UMNO untuk tidak bekerjasama dalam Pilihanraya Umum Ke-15 (PRU-15) akan datang.

Timbalan Presiden BERSATU, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu tiba di lokasi kira-kira jam 3 petang.

Ditanya mengenai apa akan dibincangkan dalam mesyuaratini, Faizal hanya membayangkan satu keputusan akan dicapai hari ini.

“BERSATU ni parti orang baik-baik, kita tidak suka bergaduh dengan sesiapa, matlamat utama BERSATU ialah berkhidmat untuk rakyat, ” katanya.

Tambah Faizal, mesyuarat petang ini antaranya akan membincangkan surat daripad Presiden UMNO kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin berhubung keputusan Majlis Tertinggi (MT) parti itu untuk menamatkan kerjasama dengan BERSATU dan Perikatan Nasional (PN) menjelang PRU-15 akan datang.

Semalam media melaporkan surat pemakluman itu telah dihantar kepada Muhyiddin yang juga Presiden BERSATU pada 26 Februari lalu.

Sementara itu, Ketua Penerangan BERSATU, Datuk Wan Saiful Wan Jan yang tiba di perkarangan hotel Everly pada jam 2.45 petang memberitahu media untuk menunggu keputusan rasmi parti selepas mesyuarat nanti.

“Terlalu awal untuk mengeluarkan komen, namun saya pasti Majlis Pimpinan Tertinggi akan membincangkannya,” katanya ringkas.

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

75  −  68  =