Ahli Majlis PBT perlu ada asas perundangan – MB Johor

 Ahli Majlis PBT perlu ada asas perundangan – MB Johor

Menteri Besar Johor Datuk Ir Hasni Mohammad –fotoBERNAMA (2021)

JOHOR BAHRU, 30 Mac — Ahli Majlis yang dilantik di setiap Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di Johor perlu mempunyai asas perundangan yang jelas dalam memastikan setiap perancangan dan dasar PBT berada pada landasan yang betul.

Menteri Besar Johor Datuk Ir Hasni Mohammad berkata justeru itu ahli majlis perlu menyiapkan diri dengan pengetahuan dan kefahaman berkaitan tugasan daripada aspek perundangan supaya sebarang keputusan yang dibuat mempunyai asas yang kuat.

ÔÇťDekad ini, bagi memandu pembangunan Johor yang lebih mampan, peranan dan tanggungjawab sebenar Ahli Majlis perlu dipertingkatkan. Hal ini kerana, mereka diibaratkan sebagai pembawa inspirasi rakyat atau orang tengah dalam pentadbiran ┬áPBT.

ÔÇťSehubungan itu, asas perundangan yang jelas perlu ada dalam memastikan setiap perancangan dan dasar berada pada landasan yang┬ábetul,ÔÇŁ┬ákatanya ketika berucap dalam Program Executive Talk Perundangan Perancangan┬áBersama Ahli Majlis PBT Peringkat Johor, di sini, hari ini.

Hasni berkata seiring dengan perubahan tampuk kepimpinan di peringkat negeri, PBT menerusi Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri telah melantik seramai 207 Ahli Majlis secara berfasa pada 15 April dan 23 September 2020.

Beliau dalam masa sama berkata, Ahli Majlis merupakan sebahagian daripada sistem pentadbiran di peringkat tempatan dan tindakan mereka tidak boleh bercanggah dengan dasar yang diputuskan oleh PBT untuk kepentingan awam.

ÔÇťMereka juga antara lain, adalah┬ápenasihat kepada PBT mengikut profesion atau kepakaran masing-masing┬ádan merupakan wakil yang menjadi penghubung antara masyarakat setempat dalam menyalurkan aduan, pandangan serta┬ámaklum balas berkaitan perkhidmatan yang disediakan PBT.

ÔÇťAhli Majlis juga berperanan untuk bersama-sama membantu dalam menyelesaikan masalah setempat dan menentukan perkhidmatan asas yang disediakan adalah baik dan berkualiti, selain terlibat sebagai penggubal dasar-dasar PBT selari dengan dasar di peringkat persekutuan dan negeri yang mampu memenuhi kehendak rakyat,ÔÇŁ katanya.

Hasni berkata Ahli Majlis juga bertindak sebagai jurucakap bagi PBT untuk memastikan dasar-dasar PBT difahami dan diterima oleh masyarakat setempat serta bertanggungjawab sebagai penyemak pelaksanaan dasar, sama ada tindakan yang dilaksanakan mengikut lunas-lunas yang dibenarkan undang-undang.

 

Bernama

bernama@wacana.my

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

5  +  1  =