Agong kurnia surat cara pelantikan 4 Hakim Mahkamah Rayuan

 Agong kurnia surat cara pelantikan 4 Hakim Mahkamah Rayuan

KUALA LUMPUR, 19 Mac — Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan bergambar bersama penerima surat cara pelantikan sebagai Hakim Mahkamah Rayuan pada Istiadat Pengurniaan Surat Cara Pelantikan Hakim Mahkamah Rayuan di Istana Negara hari ini. Turut hadir Hakim Besar Malaya Tan Sri Azahar Mohamed (empat, kanan), Hakim Besar Sabah dan Sarawak Datuk Abang Iskandar Abang Hashim (empat, kiri), Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang) Datuk Seri Takiyuddin Hassan (lima, kanan) dan Presiden Mahkamah Rayuan Tan Sri Rohana Yusuf (enam, kiri). –fotoBERNAMA (2021)

KUALA LUMPUR, 19 Mac — Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hari ini berkenan mengurniakan surat cara pelantikan kepada empat Hakim Mahkamah Rayuan pada majlis yang berlangsung di Istana Negara di sini.

Empat hakim berkenaan  ialah  hakim-hakim Mahkamah Tinggi iaitu Datuk Ghazali Cha, Datuk Seri Mariana Yahya, Datuk See Mee Chun dan Datuk Hashim Hamzah.

Istiadat Pengurniaan Surat Cara Pelantikan Hakim Mahkamah Rayuan itu turut dihadiri Ketua Hakim Negara Tun Tengku Maimun Tuan Mat serta Presiden Mahkamah Rayuan Tan Sri Rohana Yusuf, Hakim Besar Malaya Tan Sri Azahar Mohamed serta Hakim Besar Sabah dan Sarawak Datuk Abang Iskandar Abang Hashim.

Hadir sama Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang) Datuk Seri Takiyuddin Hassan.

Ghazali sebelum ini adalah Hakim Mahkamah Tinggi Alor Setar (Sivil & Jenayah 1) dan pernah berkhidmat sebagai Pesuruhjaya Kehakiman mulai 1 Sept 2005 sebelum dilantik sebagai Hakim Mahkamah Tinggi pada 5 Sept 2007.

Mariana pula merupakan Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur (BKK 2) dan pernah menyandang jawatan Pesuruhjaya Kehakiman selepas pelantikan pada 1 Mac 2007, sebelum dilantik sebagai Hakim Mahkamah Tinggi pada 14 April 2010.

Sementara itu, See yang sebelum ini merupakan Hakim Mahkamah Tinggi Johor Bharu (Sivil 1) berkhidmat sebagai Pesuruhjaya Kehakiman mulai 11 Mei 2010, sebelum dilantik sebagai Hakim Mahkamah Tinggi pada 19 Feb 2014.

Hashim pula adalah Hakim Mahkamah Tinggi Ipoh (Jenayah) dan pernah berkhidmat sebagai Pesuruhjaya Kehakiman mulai 1 Nov 2012, sebelum dilantik sebagai Hakim Mahkamah Tinggi pada 12 Sept 2014.

 

Bernama

bernama@wacana.my

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

29  −    =  20