Kerjasama UiTM-WTCKL bakal wujud peluang pekerjaan kepada bakal graduan
Agihan kerusi PH di PRN Melaka: 8 DAP, 9 AMANAH, 11 PKR

Datuk Seri Anwar Ibrahim
PETALING JAYA, 29 Okt — Pakatan Harapan (PH) hari ini memuktamadkan agihan kerusi yang akan ditandingi parti itu pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka bulan depan.
Pengerusi PH, Datuk Seri Anwar Ibrahim, berkata keputusan itu dicapai hasil mesyuarat Majlis Presiden.
“Selepas mengadakan pelbagai libat urus dan rundingan, kita sudah memutuskan dan memuktamadkan agihan kerusi PH untuk PRN Melaka.
“Hasil rundingan itu, jumlah yang akan ditandingi ialah, DAP kekal lapan kerusi, AMANAH sembilan dan PKR akan bertanding 11 kerusi,” katanya pada sidang media di ibu pejabat PKR pada Jumaat.
Turut hadir, Presiden AMANAH, Mohamad Sabu dan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng.