Afiq Muiz berniaga tepi jalan, dapat sokongan peminat?

 Afiq Muiz berniaga tepi jalan, dapat sokongan peminat?

PETALING JAYA: Tular baru ini di media sosial apabila, video seorang pelakon lelaki sedang meniaga makanan di tepi jalan.

Difahamkan, pelakon tersebut adalah Afiq Muiz yang kini sedang berniaga di kawasan Dengkil, Selangor.

Video tersebut telah tular di aplikasi Tik Tok apabila salah seorang pelangganya telah singgah untuk membeli makanan yang dijual olehnya pada ketika itu.

@aniezuraini75 #supportsmallbusiness #fypシ #fyp #assalamualaikum_shbtku_semua #afiqmuiz ♬ DJ MONEY TIKTOK REBORN MAYA FYZ – 𝘼𝙧𝙞𝙛 𝘿𝙪🪐

Antara menu yang dijual oleh pelakon ini adalah, Nasi Kerabu, Nasi Lemak Ayam Berempah Padu dan Laksa.

Perkongsian video yang dibuat telah meraih jumlah tontonan sebanyak hampir dua ratus ribu meskipun baru beberapa hari saja di muat naik.

Afiq Muiz berniaga di kawasan rumahnya

Meskipun jarang melakukan sebarang promosi di laman Instagramnya, namun pelakon yang popular menerusi drama Bukan Kahwin Paksa itu, telah menerima sambutan yang baik daripada kalangan pengguna media sosial, malah ada juga yang memberikan sokongan terhadap pekerjaan baharunya ini.

“Bagus dia rajin, tak malu nak cari duit cara macam ini

“Tak apa mula dari bawah, nanti perlahan-lahan boleh buka restoran pula

“Alhamdulilah rezeki tu, buat apa nak malu, walaupun dia artis, berniaga tepi jalan janji cari rezeki yang halal untuk keluarga,” komen netizen.

Izz Fizz

izz@wacana.my

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *