• Sunday, 20 June 2021, 8:25 am

Affin terus tawar bantuan kewangan, pelepasan bayaran ansuran sehingga Jun 2021

 Affin terus tawar bantuan kewangan, pelepasan bayaran ansuran sehingga Jun 2021

Kredit foto Affin Bank

KUALA LUMPUR, 20 Mei — Affin Bank Bhd hari ini mengumumkan kesinambungan Bantuan Pembayaran Bersasar melalui program Bantuan Kewangan dan Pelepasan Bayaran Ansuran (FAIR) hingga Jun 2021.

Dalam kenyataan, bank itu berkata program FAIR ialah suatu penyelesaian bantuan kewangan yang disesuaikan serta memberikan sokongan yang diperlukan dalam membantu pelanggan Affin Bank dalam tempoh mencabar ini.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Datuk Wan Razly Abdullah Wan Ali berkata Affin Bank akan terus membantu pelanggan untuk mendapatkan akses kepada bantuan kewangan yang mereka perlukan dalam tempoh mencabar ini.

“Pelanggan digalakkan untuk berjumpa dengan pihak bank bagi mengetahui kelayakan mereka serta menghantarkan permohonan bagi program FAIR melalui dalam talian atau saluran kami yang lain,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sejak diperkenalkan pada Ogos tahun lepas, program ini telah memberi manfaat kepada lebih 40,000 pelanggan di seluruh negara dengan menawarkan moratorium dan pelbagai bantuan kewangan.

Maklumat lanjut mengenai inisiatif FAIR, boleh layari www.affinbank.com.my, www.affinislamic.com.my atau www.affinonline.com

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *