AFF 2020: FAM sekadar kemuka analisa kegagalan, tiada perletakkan jawatan?

 AFF 2020: FAM sekadar kemuka analisa kegagalan, tiada perletakkan jawatan?

KUALA LUMPUR, 21 Dis — Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) menerima tanggungjawab sepenuhnya kegagalan pasukan kebangsaan mara ke separuh akhir Piala Suzuki AFF 2020 di Singapura.

Presiden FAM, Datuk Haji Hamidin Haji Mohd Amin, telah mengarahkan pengurusan pasukan kebangsaan untuk mengemukakan laporan bedah siasat dan analisis lengkap mengenai prestasi Harimau Malaya sepanjang kempen di Singapura kepada Jawatankuasa Pengurusan Pasukan Kebangsaan dalam masa terdekat.

Setiausaha Agung FAM, Mohd Saifuddin Abu Bakar, berkata laporan bedah siasat itu akan diteliti oleh Jawatankuasa Pengurusan Pasukan Kebangsaan sebelum dibentangkan pada mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif FAM kelak.

Namun setakat ini tiada pengumuman perletakkan jawatan mahupun rombakan dari Ketua Jurulatih Tan Cheng Hoe ataupun pimpinan FAM sendiri yang dilihat  peminat tempatan telah gagal meningkatkan mutu bola sepak negara menjadi lebih baik dari sebelum ini. 

Tinjauan Wacana.my ke ruangan komen mendapati peminat mahupun keputusan yang lebih bertanggungjawab dari FAM rentetan kegagalan demi kegagalan yang dicatatkan dibawah kendalian Cheng Hoe. 

Harimau Malaya sekadar mencatat dua kemenangan ke atas lawan lemah iaitu Laos dan Kemboja tetapi tewas kepada Vietnam dan Indonesia yang menafikan mereka tempat ke separuh akhir.

Zuan Azmi

zuan@wacana.my

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

1  +  3  =