Aeril Zafrel mohon doakan Wawa Zainal

 Aeril Zafrel mohon doakan Wawa Zainal

PETALING JAYA : “Pagi tadi tiba-tiba bayi seperti hendak keluar. Awal seminggu daripada tarikh yang diberikan. Doakan semuanya selamat”.

Demikian kongsi pelakon, Aeril Zafrel yang meminta mendoakan isterinya, Wawa Zainal yang dijangka melahirkan anak keempat mereka dalam tempoh terdekat.

Aeril atau nama sebenarnya Suhairil Sunari, 32, berkongsi foto terkini Wawa yang berada di atas katil hospital untuk tatapan umum menerusi perkongsian di akaun Instagram miliknya.

Menjengah ke ruangan komen, ramai wargamaya menitipkan doa agar Wawa dan bayi yang dikandungnya sentiasa berada dalam keadaan sejahtera.

Terdahulu, Wawa atau nama sebenarnya Nur Hawa Zainal Abidin, 30, mengumumkan dirinya hamil anak keempat sekitar Ogos lalu.

Terdahulu, Aeril dan Wawa pernah menggemparkan dunia hiburan dengan kisah perkahwinan senyap-senyap mereka sebanyak dua kali.

Hasil sembilan tahun bersama, mereka dikurniakan tiga orang cahaya mata iaitu Ahmad Fakharuddin Attar, Hayla Maghfirahtul Adzkiyaa, dan Aya Soffya.

Farhana Ab Rahman

farhanabrahman@wacana.my

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

85  +    =  93