Aeril dan Wawa pilih Jibril Ibtisam buat putera keempat mereka

 Aeril dan Wawa pilih Jibril Ibtisam buat putera keempat mereka


PETALING JAYA : Pasangan selebriti, Aeril Zafrel dan Wawa Zainal memilih nama Jibril Ibtisam buat putera keempat mereka. 

Aeril menjelaskan, nama berkenaan dipilih kerana memberikan makna dan erti yang cukup baik buat anak tercintanya itu. 

“Jibril Ibtisam membawa maksud pengulu utusan tuhan yang taat dan menyenangi hati selain membawa makna haruman senyuman serta tersenyum. 

“Jika diikutkan semasa dalam kandungan lagi, Wawa memang sudah panggil anak keempat kami dengan panggilan Jibril. 

“Malah dia juga sudah beritahu kepada tiga anak yang lain mengenai nama adik bongsu mereka.

“Sebenarnya setiap nama anak-anak, saya ada merujuk kepada seorang guru. Dia akan berikan beberapa pilihan dan kami akan memilih nama yang terbaik,”katanya. 

Terdahulu, Wawa selamat melahirkan anak keempat seminggu lebih awal iaitu pada 30 November lalu.

Sekadar info, Aeril dan Wawa mendirikan rumah tangga pada 2013.

Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan tiga cahaya mata, Ahmad Fakhruddin Attar, 7, Hayla Maghfiratul Adzkiyaa, 5, dan Ayya Soffya yang kini berusia setahun.

Farhana Ab Rahman

farhanabrahman@wacana.my

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

64  −  63  =