ADUN Larkin beri sumbangan kepada peniaga terkesan, gelandangan

 ADUN Larkin beri sumbangan kepada peniaga terkesan, gelandangan

Selain bertanya khabar, Mohd. Izhar menyampaikan sumbangan kepada peniaga dan gelandangan di kawasan DUN Larkin, semalam.

JOHOR BAHRU, 10 Ogos — Kegusaran para peniaga kecil di bandar raya ini berikutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 sedikit terubat apabila menerima kunjungan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Larkin, Datuk Mohd. Izhar Ahmad, semalam.

Beliau turun padang meluangkan masa bertanya khabar mengenai perniagaan mereka di DUN Larkin itu dan menyampaikan sumbangan wang tunai untuk membantu meringankan beban peniaga kecil.

Menurut Mohd. Izhar yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pelaburan, Pembangunan Usahawan dan Sumber Manusia negeri itu, kira-kira 50 warga DUN Larkin di kawasan yang diwakilinya itu menerima sumbangan berkenaan.

“Selain peniaga, sumbangan turut diberikan kepada golongan gelandangan dan penduduk di sekitar kawasan terbabit.

“Saya mengambil kesempatan turun padang bagi meninjau keadaan semasa para peniaga-peniaga kecil dan juga warga di DUN Larkin hari ini (Isnin),” katanya.

Beliau berharap sumbangan itu dapat meringankan sedikit bebanan golongan berkenaan.

Nurman Nasyriq

nurman@wacana.my

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

39  +    =  40