ADUN Gombak Setia wujudkan Unit Pemantau Alam Sekitar

 ADUN Gombak Setia wujudkan Unit Pemantau Alam Sekitar

GOMBAK, 12 Okt –  ADUN Gombak Setia, Hilman Idham telah melancarkan Unit Pemantau Alam Sekitar untuk memastikan ekosistem flora dan fauna di daerah itu terjaga.

Inisiatif ini merupakan kerjasama strategik antara RELA, masyarakat Orang Asal dan Pusat Khidmat Rakyat Gombak Setia.

“Tujuan diwujudkan Unit Pemantau Alam Sekitar ini adalah untuk memastikan ekosistem flora dan fauna di sepanjang laluan yang menghubungkan Gombak dan Genting Sempah ini dalam keadaan bersih serta terpelihara.

“Di samping ianya dapat memastikan keselamatan dan kesejahteraan para penggemar sukan dan aktiviti riadah terjamin.

“Moga segala inisiatif ini akan terus-menerus menjadikan Gombak destinasi utama aktiviti sukan, rekreasi dan pelancongan.

“Atas kesedaran dan tanggungjawab sosial untuk membudayakan gaya hidup sihat.

“Selain itu hasrat saya untuk menghidupkan kawasan Gombak Setia sebagai tarikan sukan dan rekreasi yang turut mampu menjana ekonomi masyarakat setempat utamanya di sepanjang laluan yang menghubungkan Gombak Lama dan Genting Sempah.

“Inisiatif ini diharap dapat menyelesaikan isu pembuangan sampah haram dan penerokaan yang merosak alam sekitar,” kata Hilman kepada Wacana.my

Selain itu, ADUN Gombak Setia itu telah berjaya mendapatkan peruntukan dari Kementerian Kerja Raya untuk menjalankan kerja-kerja penurapan yang telah siap diturap sekitar bulan Mei 2021 demi memastikan keselamatan pengguna.

Hilman ditemui ketika sambutan Hari Sukan Negara peringkat Daerah Gombak dengan kerjasama Pejabat Belia dan Sukan Daerah Gombak di perkarangan Dewan Serbaguna JAKOA Batu 12, Jalan Gombak.

Zuan Azmi

zuan@wacana.my

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *