Adik beradik Hazard musnahkan harapan Ronaldo, singkir Portugal 1-0

 Adik beradik Hazard musnahkan harapan Ronaldo, singkir Portugal 1-0

Foto CBS Sports

SEVILLE, 28 Jun — Sukar untuk Cristiano Ronaldo menerima realiti selepas Portugal kalah tipis 0-1 kepada Belgium pada awal pagi tadi menerusi rembatan kencang Thorgan Hazard pada babak pertama.

Thorgan, adik kepada kapten Belgium, Eden menerima bola daripada Thomas Meunier dari luar kotak dan merembat gol dari luar kotak penalti pada minit ke-42.

Seluruh dunia melihat jelas kekecewaan Ronaldo sejurus tamat perlawanan apabila beliau melemparkan lilitan kapten sebelum menendangnya.

Ronaldo menjaringkan lima gol dalam tiga aksi peringkat kumpulan namun gagal menambah koleksi golnya di samping tewas pada saingan 16 terakhir.

Hasrat Ronaldo untuk mencipta rekod baru jaringan terbanyak antarabangsa tidak kesampaian dan tumpuan kini menjurus sama ada dia akan bersara dari persaingan antarabangsa selain masa depannya bersama Juventus masih lagi sebuah tanda tanya.

Menurut Ketua Jurulatih Portugal, Fernando Santos, ada pemainnya yang menangis dalam bilik persalinan selepas tamat perlawanan.

“Mereka memberikan segalanya. Belgium miliki enam percubaan tetapi kami 29.

“Kami percaya jika kami menang hari ini, kami akan menang aksi seterusnya. Mereka mendapatkan gol, kami tidak. Itulah bola sepak,” katanya.

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

  −  4  =  2