Adam trauma untuk berkahwin lagi?

 Adam trauma untuk berkahwin lagi?


PETALING JAYA : Penyanyi yang kini dikenali dengan nama pentas, Pengiran Adam menjelaskan dirinya masih mencari calon yang sesuai untuk dijadikan isteri sejak bergelar duda pada tahun 2016.

Adam, 38, menafikan dirinya trauma atau serik untuk mendirikan rumah tangga sebaliknya ingin memastikan perkahwinan yang akan dibina itu nanti berakhir hingga ke akhir hayat. 

“Tiada istilah serik, kalau ada jodoh untuk berkahwin esok, maka esok jugalah saya kahwin. Jadi tidak wujud perkataan trauma atau apa, sebaliknya saya masih mencari.

“Ajal, maut dan jodoh semuanya terletak di tangan Allah SWT. Jadi saya sendiri tidak mempunyai jawapan untuk persoalan itu. Ada yang saya berkenan namun dia tidak minat saya pula.

“Saya masih berhubung dengan bekas isteri yang mana kami saling bertanya khabar. Cuma ketika dia berkahwin itu, kami berhenti berkomunikasi kerana tidak manis memandangkan dia isteri orang.

“Ada sesekali komunikasi, kami akan berkongsi rasa dan bertanya khabar. Malah, anak dia pun pernah menjadi anak saya juga suatu ketika dahulu,” kata Adam.

Adam berkongsi perkara itu apabila diajukan mengenai jodoh ketika ditemui di majlis pelancaran program realiti Al-Hijrah di Oakwood Hotel & Resident, Kuala Lumpur pada Selasa petang.

Adam yang pernah mendirikan rumah tangga dengan Fiza atau nama sebenarnya Siti Zaidatul Fiza Abdul Halim, 39, pada September 2013 masih menjalinkan hubungan baik dengan bekas isterinya itu.

Pasangan ini bercerai pada 28 April 2014, namun rujuk pada tahun yang sama tetapi tidak dikurniakan cahaya mata.

Pada 28 Disember 2015 pasangan ini bercerai kali kedua di Mahkamah Rendah Syariah, Shah Alam.

Farhana Ab Rahman

farhanabrahman@wacana.my

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

  +  13  =  16