Ada orang yang berbuih mulut tuduh saya dapat macam-macam daripada Kerajaan – Tun Mahathir

 Ada orang yang berbuih mulut tuduh saya dapat macam-macam daripada Kerajaan – Tun Mahathir

Tun Dr Mahathir Mohamad

KUALA LUMPUR, 30 Nov — Tun Dr Mahathir hari ini mengatakan terdapat individu yang “berbuih mulut” dengan menuduh beliau menerima bermacam ganjaran daripada Kerajaan selepas bersara dari jawatan Perdana Menteri.

Menurut bekas Perdana Menteri itu, berkemungkinan individu berkenaan cuba untuk mengalihkan pandangan dari masalah yang dicipta sendiri dengan “menolak” permintaan sendiri untuk menerima hartanah mewah dari Kerajaan.

Malah menurut Dr Mahathir, ada pihak mendakwa beliau mewah tahap kayangan sehingga mengeluarkan bukti pajakan tanah di Langkawi.

“Pajakan dengan bayaran bukan makna hadiah. Bukan dapat free, diskaun pun tidak.

“Saya akui saya pajak tanah. Pajak, bukan minta. Pajak kena bayar. Tak dapat percuma pun. Saya juga beli dua bidang tanah di Langkawi selepas bersara. Tidak ada yang saya dapat percuma sebagai hadiah dari Kerajaan Persekutuan atau Negeri. Sebaliknya kos sewaan dinaikkan berkali ganda sehingga saya serah balik kepada LADA, Langkawi.

“Bermacam usaha saya lakukan, ternak kerbau, buat keju, tanam sayuran. Ada yang berjaya, ada yang tidak. Yang tidak “economically viable” apabila sewa dinaikkan oleh LADA, saya kembalikan pajakan pada pihak berkuasa,” katanya.

Tambah Dr Mahathir lagi, lakukan siasatan sekiranya terdapat salah laku malah dakwa beliau sekiranya didapati bersalah.

“Dah 18 tahun saya berhenti dari Kerajaan semasa jadi Perdana Menteri pertama kali. Selama itu, saya jadi Perdana Menteri semula 22 bulan. Apabila jadi PM kali kedua, pencen saya dihentikan. Pencen diberi balik selepas saya berhenti dari jadi PM kali kedua.

“Macam-macam tuduhan yang dibuat tentang “salah laku” saya. Kalau benar dakwa lah. Kalau bersalah hukumlah.

Dr Mahathir turut berkata, tiada ada apa-apa yang beliau sembunyikan, “Nothing to Hide”.

Zuan Azmi

zuan@wacana.my

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

32  −  26  =