ACP bantu petugas barisan hadapan dan autism

 ACP bantu petugas barisan hadapan dan autism

Adli dan Luqman

Oleh Iqhram Ahmad

KUALA LUMPUR, 1 Feb:  Satu inisiatif bagi membantu golongan barisan hadapan dan autism, Austim Cafe Project (ACP), memerlukan dana orang ramai mahupun korporat bagi meneruskan amalan murni ini.

Menurut pengasas ACP, Mohd Adli Yahya, 56, inisiatif dengan kerjasama Universiti Taylor’s itu  bertujuan untuk membantu golongan autism dan barisan hadapan sekali gus yang sewajarnya menagih penglibatan masyarakat serta institusi.

Beliau yang turut mempunyai seorang anak autism meninggalkan dunia korporat bagi memulakan ACP pada 2016 dengan harapan dapat membantu golongan istimewa ini dari segi menyediakan kemahiran untuk mendapat pekerjaan dan menjadikan mereka menjadi lebih berdikari.

“Buat masa ini, saya ada enam remaja autism yang aktif dalam projek ini. Anak saya, Muhamad Luqman Shariff,  yang berumur 21 tahun turut menyertai projek ini.

“Objektif utama projek ini adalah untuk menjamin kemerdekaan belia dan masa depan golongan autisme.

“Sebelum ini, kami mempunyai kafe sendiri di mana pekerja kami terdiri daripada golongan autism, tetapi premis itu terpaksa ditutup disebabkan pandemik COVID-19 dan penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP),” katanya pada wacana.my.

Menurut Mohd Adli, dana yang dikumpul akan disalurkan kepada golongan autism supaya mereka dapat menyediakan pek makanan percuma kepada barisan hadapan.

Beliau berkata, pek makanan berkenaan akan dihantar ke lokasi barisan hadapan seperti di hospital, pusat saringan COVID-19 dan balai polis.

Katanya, antara pek makanan yang akan disediakan adalah makanan seperti nasi lemak, pulut kuning, roti dan kek.

“Saya harap dengan bantuan dana yang diberikan, golongan ini tidak lagi ditindas atau dianggap oleh masyarakat sebagai orang yang tidak boleh bekerja kerana mereka sendiri yang membuat pek makanan ini di rumah masing-masing,” katanya.

Untuk menyumbang dana: CIMB Islamic 8603-49-8598 (A Autism Project Enterprise)

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

80  +    =  83