Abu Syafiq perlu disiasat?

 Abu Syafiq perlu disiasat?

PUTRAJAYA: Kecoh dan hangat diperkatakan di media sosial kini mengenai seorang lelaki berstatuskan ustaz membuat pengakuan tidak menerima suntikan vaksin, dan membawa jemaah yang tidak lengkap syarat vaksinasi bagi menunaikan umrah sebelum ini.

Melihat perkara itu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Idris Ahmad menggesa pihak bertanggungjawab untuk menyiasat seorang pendakwah bebas yang mendakwa membawa jemaah tidak lengkap syarat vaksinasi untuk menunaikan umrah.

Melihat perkara itu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Idris Ahmad.

Beliau yang kesal dengan perkara itu berkata kejadian berkenaan sepatutnya tidak berlaku kerana antara syarat untuk menunaikan umrah mestilah lengkap divaksinasi dengan vaksin yang ditetapkan oleh kerajaan Arab Saudi.

“Saya amat kesal kalau berlaku perkara seperti begitu sedangkan syarat telah ditetapkan mesti ‘fully’ vaksin (lengkap divaksinasi).

“Macam mana mereka boleh lepas ke sana (Makkah)? Pihak bertanggungjawab kena siasat macam mana mereka boleh terbolos ke sana,” katanya kepada media selepas menyampaikan sumbangan berjumlah RM338,000 kepada 338 kakitangan agensi di bawah Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) yang menjadi mangsa banjir di sini hari ini.

Abu Syafiq ustaz kontroversi

Memetik sumber Bernama, beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai pengakuan pendakwah terbabit yang membawa jemaah umrah tanpa vaksinasi.

Baru-baru ini, seorang pendakwah bebas didakwa menerusi Instagramnya tampil membuat pengakuan secara terbuka menjelaskan bahawa dia membawa jemaah yang tidak lengkap divaksinasi menunaikan umrah, serta mengaku bahawa beliau sendiri turut tidak menerima vaksin ‘MM’.

Difahamkan MM merujuk kepada vaksin Meningococcal dan Meningitis yang menjadi syarat ditetapkan Arab Saudi untuk jemaah umrah di seluruh dunia.

Izz Fizz

izz@wacana.my

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

83  −    =  73