• Monday, 21 June 2021, 2:22 am

Abot, Rambai ‘pujuk’ 3 gajah liar

 Abot, Rambai ‘pujuk’ 3 gajah liar

Kakitangan Perhilitan Johor dan Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan menjalankan operasi pemindahan tiga ekor gajah dari Simpang Renggam ke Taman Negara Endau Rompin bermula semalam.

Oleh Nurman Nasyriq

KLUANG, 3 Jun — Dua ekor gajah denak bernama Abot dan Rambai digunakan untuk ‘memujuk’ tiga ekor gajah liar dalam proses pemindahan binatang berkenaan yang ditangkap di Batu 43 Kampung Pinggir, Simpang Renggam, di sini Ahad lalu.

Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Johor, Salman Saaban berkata, tiga ekor gajah itu dipindahkan ke Taman Negara Endau Rompin bermula semalam dan dijangka selesai Sabtu ini.

“Ini membabitkan anggota terdiri daripada 13 kakitangan Perhilitan Johor dan 13 kakitangan Pusat Koservasi Gajah Kebangsaan di Lanchang, Pahang,” katanya ketika dihubungi di sini.

Ahad lalu Perhilitan Johor menangkap tiga ekor gajah liar menerusi operasi tangkapan di kawasan berkenaan.

Tangkapan dibuat susulan aduan orang awam mengenai kumpulan gajah berada dalam kebun berhampiran Hentian Sebelah Simpang Renggam.

Beberapa gambar dan video operasi pemindahan gajah tersebut turut tular dalam media sosial.

Salman berkata, kolar satelit dipasang pada seekor gajah tersebut yang berfungsi sebagai pengesan amaran awal.

“Kolar satelit ini akan memudahkan pemantauan pergerakan kumpulan gajah ini, sekali gus membantu usaha mengurangkan risiko konflik manusia dan gajah di negeri ini,” katanya.

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *