Abdul Hadi sah Mohd Khairuddin dipecat sebagai AJK PAS

 Abdul Hadi sah Mohd Khairuddin dipecat sebagai AJK PAS

Oleh Fhatihah Zakinan

KUALA LUMPUR, 14 JAN 2022 – Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali, dipecat sebagai Ahli Jawatankuasa (AJK) PAS, selepas kira-kira dua bulan dilantik memegang jawatan itu.

Perkara itu disahkan oleh Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang selepas keputusan pengguguran Mohd Khairuddin itu dibuat parti pada mesyuarat PAS, di ibu pejabat parti itu, di sini, kelmarin.

Abdul Hadi berkata, pengguguran mana-mana pemimpin dalam parti itu adalah amalan biasa, ia termasuk diberhenti atau ditukarkan.

“Itu biasa dalam parti, tak terpilih dalam muktamar, diberhentikan atau ditukar itu, biasa,” katanya kepada pemberita selepas menyampaikan kuliah Jumaat di Marang, Terengganu.

Abdul Hadi sah Mohd Khairuddin dipecat sebagai AJK PAS

Abdul Hadi berkata demikian mengulas laporan PAS menggugurkan Mohd Khairuddin sebagai AJK PAS.

Pada 23 November lalu, Mohd Khairuddin antara tiga pemimpin tertinggi PAS yang dilantik semula sebagai AJK PAS bagi sesi 2021-2023 selepas tewas dalam pemilihan parti di samping Nik Abduh Nik Abdul Aziz dan Dr Mohd Zuhdi Marzuki.

Khairuddin dilantik ke jawatan itu bersama bekas Ketua Pemuda PAS, Nik Abduh dan Setiausaha Politik Timbalan Presiden kepada Tuan Ibrahim Tuan Man, Mohd Zuhdi.

Ketiga-tiga mereka dilihat sebagai pimpinan PAS yang lebih cenderung terhadap kerjasama politik dengan UMNO berbanding BERSATU.

Bagaimanapun, Abdul Hadi enggan mengulas lannut punca sebenar pengguguran bekas menteri perusahaan, perladangan dan komoditi itu.

“Perkara itu diuruskan oleh setiausaha agung parti.

“Bagaimanapun, mesti ada alasan yang dikemukakan parti, siapa yang tak ikut disiplin dia boleh dinasihatkan dan boleh ditukar jawatan dia, ditugaskan ke (posisi) lain dan digantung keahlian atau pun dipecat.

“Itu tertakluk kepada parti,” katanya.

Sumber : Malaysiakini, Berita Harian Online

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

73  −  66  =