A.I. MyHeritage ‘hidupkan’ gambar portret lama

 A.I. MyHeritage ‘hidupkan’ gambar portret lama

Kebanyakan orang mengimbas memori lampau dengan melihat gambar-gambar lama. Namun, ia mungkin tidak setanding menonton video yang memberikan lebih kepuasan, tetapi apakan daya, bukan semua memori ini dirakam dalam bentuk video. Apatah lagi memori bersama insan tersayang yang tidak lagi bersama kita.

Kini anda boleh melayan nostalgia bersama mereka yang sudah pergi dengan lebih realistik, dengan adanya teknologi Deep Nostalgia.

Menurut laman web Gizmodo, syarikat teknologi MyHeritage telah melancarkan satu perkhidmatan dimana anda boleh mengubah gambar-gambar portret lama kepada video secara otomatik, menjadikan subjek gambar itu seakan-akan hidup semula. Dengan menggunakan teknologi artificial intelligence (AI) dinamakan D-ID, algorithma seakan ‘deep fake’ ini menganimasi foto statik (still photos) itu seolah-olah subjek tersebut menggerakkan kepalanya ke kiri dan ke kanan.

Ingin dapatkan portret ala filem-filem Harry Potter? Anda hanya perlu melawat laman sesawang MyHeritage, daftarkan maklumat anda dan memuatnaik gambar yang ingin anda transformasi menjadi video. Lima gambar pertama adalah percuma.

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

9  +  1  =