Kerjasama UiTM-WTCKL bakal wujud peluang pekerjaan kepada bakal graduan
8,500 kanak-kanak dijadikan askar tahun lalu — PBB

NEW YORK, 22 Jun – Lebih dari 8,500 kanak-kanak telah dipaksa menjadi askar di dalam pelbagai konflik di seluruh dunia tahun lalu, di mana hampir 2,700 lainnya telah terbunuh, kata Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) semalam.
Menurut agensi Reuters, Setiausaha Agung PBB Antonio Guterres berkata demikian di dalam laporan tahunannya kepada Majlis Keselamatan tentang kanak-kanak dan konflik bersenjata.
Laporan ini merangkumi subjek pembunuhan, kecederaan dan jenayah seksual terhadap kanak-kanak, selain penculikan atau pengambilan dan paksaan bekerja, penolakan bantuan, serta serangan ke atas sekolah dan hospital.
Laporan tersebut berkata kesalahan telah dilakukan ke atas 19,379 kanak-kanak di dalam 21 konflik. Kebanyakan dari konflik dalam tahun 2020 berlaku di Somalia, Democratic Republic of the Congo, Afghanistan, Syria dan Yemen.
Ia mengesahkan bahawa 8,521 kanak-kanak telah digunakan sebagai askar tahun lalu, sementara 2,674 kanak-kanak telah terbunuh di dalam pelbagai konflik.