80 keluarga dapat flat baharu

 80 keluarga dapat flat baharu

Oleh Farhana Ab Rahman

KUALA LUMPUR : 80 keluarga Flat Rajawali Cheras bakal mendapat penempatan yang lebih selesa apabila sebuah flat baharu akan mula dibina Mac nanti.

Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Dr Shahidan Kassim, flat berkenaan bakal dibina di sebuah kawasan lapang milik Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

“Hari ini saya melawat Projek Perumahan Rakyat (PPR) di Selayang dan Lembah Pantai, kemudian lokasi terakhir adalah di Cheras.

“Ini kerana bangunan ini berada dalam kategori pembangunan yang mana mereka akan memiliki rumah baru. Saya ada melihat satu kawasan tanah lapang seluas satu ekar lebih yang menjadi milik DBKL.

“Pihak berwajib akan mengubah sedikit struktur bangunan ini bagi memudahkan keselesaan penduduk di sini. Malah, projek berkenaan juga tidak akan menganggu mana-mana pihak,” kata Shahidan.

Beliau berkongsi kepada pemberita bagi mengulas mengenai lokasi cadangan pembangunan di Flat Rajawali, di sini pada Selasa. 

Dalam pada itu, Ketua UMNO Arau Perlis itu turut menegur orang ramai yang ingin menyuarakan pendapat dan aduan kepadanya untuk menggunakan bahasa indah. 

“Saya sudah berkali-kali mengingatkan, sekiranya ingin menghubungi saya untuk membuat aduan dan pendapat, gunakanlah bahasa yang indah. Apabila ruang itu dibuka, gunakanlah sebaiknya platform itu.

“Apa yang penting adalah rakyat tahu bahawa Wilayah ini adalah bandar yang juga merupakan rumah kita,” katanya

Farhana Ab Rahman

farhanabrahman@wacana.my

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

47  −  43  =