8 juta pencarum tuntut RM 10 ribu “One Off” KWSP

 8 juta pencarum tuntut RM 10 ribu “One Off” KWSP

KUALA LUMPUR: Kira-kira  8 juta pencarum tuntut pengeluaran RM10,000 one off Kumpulan Wang Simpanan Pekerja  (KWSP) bagi meneruskan kehidupan yang terkesan akibat perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sejak Mac 2020.

Wakil suara pencarum KWSP itu, Azmi Mohd Tahir berkata, jumlah itu adalah berdasarkan rekod pengeluaran i-Citra sebelum ini, tinjauan rakyat dan juga petisyen-petisyen yang dibuat secara atas talian (online).

Pada hari ini Azmi menyerahkan memorandum dua muka surat berserta lapan perkara bertajuk Memorandum Tuntutan Pengeluaran Kali Terakhir Wang Simpanan KWSP Akaun 1 Sebanyak RM10,000 Secara One Off Dengan Kadar Segera (Bagi yang mencukupi) Dan Jumlah Rasional bagi yang kurang RM1,000.

Azmi Mohd Tahir berbaju merah.

“Tuntutan bukan kerana banjir, tetapi kerana PKP berlanjutan hingga dua tahun ramai hilang kerja atau tidak dibayar gaji, banyak IKS ditutup.

“Tujuan pengeluaran sebanyak RM10 ribu dibuat berdasarkan, aduan oleh pencarum adalah untuk melunaskan tungakan-tungakan hutan, pinjaman perumahan, pinjaman kenderaan, pinjaman peribadi, pinjaman perniagaan, sewa rumah, bil-bil utiliti serta perkara lain yang gagal ditambung akibat terkesan Pandemik COVID-19

“Kami merayu agar Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mendengar rintahan rakyat, ada yang dihalau daripada rumah kerana tidak mampu bayar sewa, ada yang dikejar bank, “Ah long”, ada yang bercerai dan tertekan,

“Semuanya berpunca daripada perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada tahun 2020,” ,” Ujar Ami Mohd Tahir, Wakil suara pencarum KWSP.

Azmi menyerahkan dua memorandum sambil disaksikan Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) hari ini.

Penyerahan memorandum ini, turut disaksikan oleh Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nazim Johan untuk menyerahkan kepada Datuk Seri Najib Razak di Jalan Bukit Pantai di sini, hari ini.

Difahamkan, keputusan penyerahan memorandum petisyen tandatangan tuntunan pengeluaran wang simpanan KWSP akaun satu dibuat kerana, PPIM telah menerima banyak aduan dan rungutan sebanyak 50 ribu ahli pencarum secara “online”.

Izz Fizz

izz@wacana.my

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

97  −    =  96